Header Ads

Beli Beg Michael Kors Secara Online


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Beli Beg Michael Kors Secara Online
Beli Beg Michael Kors Secara Online. Nak raya ni ada je barangan wanita yang tak beli lagi. Saya dah lama teringin nak beli handbeg baru. Last beli 6 bulan lepas. Bila online, ramai personal shopper (PS) yang buat pre order raya untuk beg-beg berjenama tapi pada harga yang berpatutan. Saya pun ada order 2 beg untuk kegunaan sendiri tapi belum sampai lagi. Ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk sampai ke Malaysia. Sebab PS ambil di USA.

Tunggulah dengan sabarnya.

Namun sebelum itu saya ada beli handbeg MK dengan agen lain. Yang ini beg dah sampai. Warna maroon. Okay lah.. harga dalam ratus ringgit gitu..  

Beli Beg Michael Kors Secara Online


Inilah beg yang saya beli. Dah sampai seminggu lepas. Dua lagi beg yang saya order adalah warna kuning dan hitam. Boleh tukar-tukar pakai.

Jom layan beg MK saya..

Beli Beg Michael Kors Secara Online

Beg MK Cynthia Medium Saffiano Leather Satchel Maroon saya beli secara online. Memang kulit.. agak berat juga. Sesekali pakai kalau pergi majlis kahwin boleh lah.. tapi kalau untuk ke pejabat atau bertemu dengan client, memang agak tak sesuai.

Beli Beg Michael Kors Secara Online


Rujuk gambar bawah.. beg ni ada tali panjang dan pendek. So, boleh guna kedua-dua style. Boleh digayakan untuk makan malam atau ke pejabat.


Mengapa saya beli handbeg secara online? Tak takut kena tipu ke?

Sebab.. beli online lebih banyak pilihan. Kita compare secara terperinci, jenis, saiz beg, warna dan sebagainya. Itulah sebabnya saya pilih beli secara online. Kalau kita yakin mengapa mesti nak takut. Betul tak?

Bukannya tak pernah kena tipu. Pernah juga sekali dua.. tetapi itulah risiko yang kita kena tanggung jika memilih medium online untuk berjual beli.

Namun perkongsian ini sekadar mencoret pengalaman saya membeli belah secara online dimana kini ia dah jadi trend dan adakala keperluan adanya akaun atas talian dan melakukam urusan secara maya.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.