Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple. Bila masuk bulan ramadan antara menu yang popular adalah roti John dan murtabak. Dalam entri kali ni saya akan share pula resepi dan cara nak buat roti john kat rumah, sebiji macam kat kedai..

Di rumah kena ada kuali leper macam kedai burger punya tu, lagi senang. Kalau rasa kuali tu kecik, potong dua roti panjang tu.. hehe. Macam saya la..

Roti john sekarang ni dah mahal. Yang inti daging satu biji RM6.00. Tapi sikit je inti dia.. kena lah belajar buat sendiri kalau nak makan banyak dan ahli keluarga ramai.. ya kan?

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple

Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple


Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Simple


Bahan-bahan:

Roti John Cheese Leleh Suudu:

4 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
Roti panjang untuk sosej
Kobis
Keju Cheddar
Kepingan keju
Mayonis
Garam, gula secukup rasa
Daging/ayam cincang

Cara Memasak dan penyediaannya:



1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.

2. Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.

3. Pukul telur. Masukkan inti daging. Kacau sehingga sebati.

4. Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung. 

5. Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.

6. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar diatasnya memenuhi permukaan inti.


7. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.

8. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.

9. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi disapu sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.

10. Dipotong dan sedia dimakan

Kalau anda rajin dan ada family yang ramai.. buat sendiri lebih berbaloi. Lainlah macam saya, family berempat, beli lagi jimat. Haha..


Inilah roti john hasil dari bazaar ramadan. Salam ramadan semua.. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. mesti cuba ni ^^

    singgah + follow sini ^^

    https://www.mohdnoorshawal.com/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close