Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Khasiat buah Bidara Untuk Kesihatan. Buah bidara ni dah lama dengar namanya tapi tak pernah nampak. Tapi sejak buah bidara dah jadi popular dan komersial, maka kenal lah dengan buah bidara. Dah beberapa kali beli bila singgah di RnR Pagoh waktu hantar anak bujang saya balik KMJ. Satu bungkus berharga RM10.00.

Buahnya rangup, rasa manis buah taklah manis sangat macam epal tu. Dari luar macam buah epal tapi sebenarnya isi atau biji dalamnya tak sama langsung dengan buah epal yang biasa kita makan.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Bidara kaya akan kandungan karbohidrat, lemak karoten, protein, air, thiamin, riboflavin, kalsium, niacin, fosfor, zat besi, serat, Vitamin C, dan Vitamin A. Dari kandungan ini diperoleh beberapa khasiat yang membantu dan memelihara organ tubuh dan tentunya terkait juga dengan dunia kecantikan seperti mengecilkan perut buncit dan menghaluskan kulit.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan


Buah bidara banyak khasiatnya. Ada banyak produk yang dihasilkan dengan buah bidara, seperti jus buah bidara, air mandian buah bidara dan banyak lagi.

Bagaimana pula buahnya yang kita makan secara asli. Apakah khasiatnya untuk kesihatan?

Antara khasiat buah bidara adalah:

● Mengawal kadar gula dalam darah yang terkait untuk terapi diabetes khususnya kencing manis.

● Ubat herba untuk mengatasi panas dalam, sariawan, dan bibir pecah-pecah.

● Ubat kumur untuk menghilangkan bau mulut dan gusi berdarah.

● Bersifat anti-kanser yang berfungsi untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor dalam tubuh.

● Meregenerasi sel-sel organ tubuh yang rosak.

● Mengembalikan stamina lelaki yang mujarab untuk pencegahan lemah syahwat.

● Mempercepat penuaan bisul.

● Melancarkan sistem pencernaan yang terhubung dengan pengubatan buasir (ambeien).

● Bersifat anti-keradangan yang berguna untuk mencegah peradangan.

● Bersifat anti-piretik yang berkemampuan untuk menurunkan demam atau panas pada anak dan dewasa.

● Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dari gejala osteoporosis (pengeroposan tulang).

● Mengatasi gejala keputihan dan menghilangkan bau tidak sedap pada organ kewanitaan.

● Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak teratur.

● Ubat herba untuk kencing nanah, darah dan kesakitan.


Itulah antara khasiat buah bidara untuk kesihatan. Patutlah saya ada dengar pesakit kencing manis yang mengamalkan makan buah bidara atau jusnya sebagai alternatif perubatan dan mengawal penyakit tersebut. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close