Header Ads

Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai
Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai. Dah siap bersahur? Atau ada yang tak terbangun kerana keletihan berbuka semalam? Haha.. saja mengusik anda semua. Macam saya juga, pagi pertama bersahur dah terlajak, bukanlah lewat sangat tapi saya dah janji dengan anak-anak nak masak kari ayam.. tetapi tak sempat. Hanya sempat buat telur hancur berkicap. Tapi okay la.. sempat bersahur. Kan?


Berbalik kepada resepi bersahur paling disukai dalam keluarga kami, maka saya share kan resepi kari ayam ringkas tapi sedap. Yang buat sedap lagi sebab saya tumis dengan kayu manis. Memang naik harum kari tu. Tapi saya tak letak daun kari, sebab anak-anak tak suka.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai

Cukup letak kentang menu resepi kari ayam simple saya. Tak ada daun kari atau sayur bendi..

Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai


Kari Ayam Ringkas Dan Sedap, Menu Bersahur Paling Disukai


Jom masak kari ayam simple kegemaran kami sekeluarga. Caranya amatlah simple.. hinggakan anak sulung saya yang sado tu pun pandai masak..

Antara bahan masak kari ayam

Bahan-bahan:

10 ketul isi ayam
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 sudu makan cili kisar*
5 sudu makan kari daging*
2 sudu teh serbuk kunyit*
2 inci kayu manis
2 biji kentang - belah 4
1 kotak santan
Garam dan gula secukupnya

Cara menyediakan kari ayam simple


1. Tumis semua bahan kisar (yang bertanda *) hingga naik bau. Masukkan kayu manis. Dan biarkan sampai tumisan masak.

2. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan kedua-duanya empuk.

3. Setelah itu, masuk pula santan kotak yang dibancuh dengan sedikit air, supaya tak berketul.

4. Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula..

5. Bila dah mendidih, matikan api.


Kari ayam simple dah boleh dihidangkan untuk bersahur anda. Anak-anak saya paling suka sahur dengan kari ayam. Makan dengan kuah yang banyak. Sebab tu saya suka buat kari ayam yang agak cair. Itulah style saya.. hehe

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.