Indahnya Puasa Di Zaman Kanak-Kanak

Advertisement

Indahnya Puasa Di Zaman Kanak-Kanak. Setiap dari kita ada zaman kanak-kanak yang seronok atau sebaliknya. Zaman kanak-kanak yang manis, nakal tetapi indah dikenang. Zaman kanak-kanak yang tiada masalah. Best kan? Apakah peristiwa zaman kanak-kanak anda yang anda nak laluinya semula? Ada ke? Hmm.. kalau bagi saya, ada banyak sangat kenangan zaman silam ketika kanak-kanak yang boleh dijadikan panduan hidup untuk kanak-kanak masa. kini.

Tetapi, kita percaya masa tak boleh di ulang tetapi kenangan terpahat kukuh dalam ingatan. Walau setiap kenangan ada momennya sendiri, ada ketika sedih.. ada masanya gelak ketawa tak ingat dunia tetapi yang bestnya, ia menjadikan kita kuat sebagaimana kita pada masa sekarang.

Indahnya Puasa Zaman Kanak-Kanak


Indahnya Puasa Di Zaman Kanak-Kanak


Sempena bulan mulia bulan ramadhan ini, saya nak cerita sikit tentang kenangan berpuasa pada zaman kanak-kanak dulu. 

Waktu itu sekolah kami jauh dari rumah. Ada beberapa kilometer jaraknya. Dalam perjalanan pulang, saya dan rakan-rakan singgah di sebuah kedai kerana ibu salah seorang rakan mememsan untuk membeli air batu untuk buat air sejuk. Jadi, sambil berjalan balik, kami semua selamba tadah ais yang meleleh ke dalam mulut sorang-sorang, bergilir-gilir. Masa itu tak ingat dan tak pasti perbuatan kami itu boleh batal puasa atau tidak.. Tapi sebenarnya memang batallah puasa sebab telan air dari ais batu tu.. kih kih..

Sampai rumah segar je, tak letih macam selalu. 

Bila mak tanya, "puasa ke tu, mak tengok segar je. Selalu nak naik tangga rumah pun merangkak.."

Saya jawab dengan pantasnya, "puasalah!"

Terus masuk bilik air mandi, waktu mandi curi-curi telan air mentah lagi. Padahal tahu perbuatan itu salah. Tapi masa tu kan kanak-kanak, kita buat apa yang kita rasa nak buat. Hehe.. dan, saya rasa kita semua pasti pernah lalui zaman puasa kanak-kanak yang minum air paip kan? Jangan nak tipu lah! 

Ais batu dengan air paip nampak lazat betul dalam bulan ramadhan, kan? Hehe..

Sebenarnya ada banyak lagi kenangan zaman kanak-kanak ketika berpuasa yang saya pernah alami. Jadi hantu telekung jangan cakap lah, tak saya yang jadi hantunya, abang saya pulak gilirannya. Hampir nak jatuh kolam sebab terkejut. Padahal tahu itu hanya kenakalan abang atau kakak saya, tetapi tetap ketakutan bila diterjah dengan hantu telekung buatan sendiri. Haha..

Lepas balik terawih dengan comot gitu, memang kena marah lah pulak dengan mak kat rumah. 

Itulah antara kenangan zaman kanak-kanak saya semasa bulan ramadhan. Indahnya waktu itu, pukul, sebat dan ditarik telinga dah jadi biasa. Saya memang antara anak yang nakal semasa kecil. Hmm... itu semua adalah momen manis yang tak mungkin berulang lagi.

Okay.. semoga segala perkongsian membawa manfaat dan pengajaran kepada kita. 

Selamat berpuasa dengan sempurna ya... kita puasa untuk kita dan Allah, bukan untuk orang lain puji-puji. Okay..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.