Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri. Banyak nasihat dan renungan yang pernah dikongsikan dalam blog ini terutamanya dalam kehidupan berkeluarga dan mendidik anak-anak. Saya berharap tulisan-tulisan saya yang lalu dapat memberikan manfaat dan panduan berguna kepada ibubapa di luar sana dalam mengharungi cabaran dunia baru.

Dalam melangkah di dunia yang penuh mencabar ini, jangan sesekali kita membelakangkan agama, nilai-nilai baik yang diajarkan dan akhlak-akhlak mulia sebagai seorang muslim. Walau moden bagaimanapun kita, sentiasa jadikan al Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. 

Usah berhenti mencari ilmu umpama seorang perantau yang dahagakan air! Sentiasa gali dan cari ilmu agar apa yang kita ada tidak tercicir dari perubahan zaman. Agama tidak berubah cuma kita kena bijak menyesuaikan diri di dalam mengamalkannya agar sentiasa berada pada asas yang benar.


Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri


Daripada coretan dan pesanan Ustaz Kazim Elias, berikut saya tuliskan dalam blog untuk panduan dan renungan bersama;

Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2. Hindari meninggikan suara/ menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatilah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati antara satu sama lain.

3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. 

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/ betul setiap masa.

Itulah serba sedikit ilmu yang boleh dikongsikan agar menjadi panduan suami isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga yang bahagia dan dirahmati.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close