Header Ads

Kerana Cintaku Kepada Allah...


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kerana Cintaku Kepada Allah...
Kerana Cintaku Kepada Allah... | Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai sekalian makhluknya. Kerana cintaku kepadaNya, maka aku harus berakhlak seperti ajarannya. Mana mungkin sempurna kejadian ku ini, aku alpa atas kuasaNya. Apalah daya dan upayaku melainkan atas izinnya jua.

Kerana cintaku kepada Allah, segala yang berlaku atas rencanaNya. Suka atau tidak, kita kena redha dalam cintaNya kepada kita. Allah merancang apa yang berlaku dalam perjalanan takdir kita dengan penuh cintaNya. Sedangkan kita merencana kehendak dan nafsu kita berdasarkan cita-cita.

Kerana Cintaku Kepada Allah...


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya,

“Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Kerana Cintaku Kepada Allah

Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, “ Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ? seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-Nya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan."

Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”


Ayat-ayat Cinta...

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila… ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu..

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.