Header Ads

Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental
Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental. Dalam zaman ini, menulis blog kena ada nama yang besar dan popular. Kena rajin ikut orang buat review produk untuk dapat side income. Kena rajin follow group blogger tertentu untuk dapatkan job, kerana kalau ikut style lama, buat sorang-sorang memang kita jarang yang akan survive. Tapi jika anda blogger part time tak mengapalah.. manalah sempat nak ikut waktu dan hari tertentu keluar buat review produk atau tempat dan sebagainya. So, jika anda seorang part time blogger, jangan susah hati. Buat je semampu dan sebaik mungkin. Ada peluang dan ruang lain untuk anda berjaya dalam dunia blog. Horreah!! Yang penting nawaitu kena jaga, hati kena kental dan pegang jati diri anda.


Namun dalam dunia penulisan blog, dari dulu sampai sekarang ada dua nama/ blog yang jadi rujukan saya iaitu HasrulHassan.com dan Denaihati.Com. Dari 10 tahun dulu sejak saya mula menulis blog, kedua-dua blog ini tetap sama dari segi content dan gaya penulisan mereka. Bila baca kandungan blog mereka, rasa macam baca karangan yang sedap.. haha, dan merekalah sumber inspirasi saya dalam dunia blog hari ini.

Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental

Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental


Sebab apa kena kental? Hati kena kuat. Mata dan telinga pun sama kena lebih kering dari daun kering! Kenapa?

Sebab, banyak sangat persaingannya. Persaingan dari depan, belakang, kiri dan kanan. Maksudnya setiap minit ada blog yang muncul. Tak boleh nak hati tisu sangat bila orang kritik tulisan anda. Lebih-lebih lagi bila tulisan anda tu kena viral tak tentu hala. Sentiasa teguh dengan prinsip anda menulis demi untuk apa? Untuk siapa?

Lagi satu, kerja tulis blog ni terdedah dengan aktiviti ciplak menciplak, bahasa pasarnya orang panggil copy paste. Asal anda punya artikel berada pada muka pertama carian Google, pasti ada je yang jeling-jeling nak tiru. Tiru kemudian buat gaya bahasa sendiri tak apa la, ini tidak. Bulat-bulat dia salin. Kita eja salah, dia pun ikut salah. Haha.. redha je lah ya abang kakak blogger sekalian..

Buat blog memang senang, nak pilih niche tu yang agak susah. Niche apa je.. semua orang dah buat. Paling banyak blogger tulis adalab kisah kekeluargaan, dah itu memang hari-hari kita ngadap, ya dak? Bila sorang menulis pasal parenting, semua ikut. Jadi kat sini akan ada banyak persaingan. Bila baca semua macam sama. Tak mengapa.. kalau itu dah rezeki masing-masing.. teruskan je menulis. Mana yang kreatif dan 'rare', pasti dapat perhatian.

Trend Menulis Blog Zaman Sekarang, Hati Kena Kental

Dalam dunia blog pun ada geng-geng tau.. saya perhati je. Hehe.. ada geng utara, selatan, timur, barat.. semua ada. Kalau yang glamour dan popular, akan berkawan sesama dia orang. Saya tak nak sebut lah, tapi ramai je blogger di luar sana yang dah popular dan mendaki kejayaan demi kejayaan. Rasa rendah diri ke, blogger picisan macam saya? Hisshh! Tak usah begitu. Kejayaan orang kita sokong. Jangan rasa rendah diri. Menulislah dari hati. Tak perlu risau penghormatan orang. Hormati apa yang anda buat dan tulis. Itu yang penting.

Penulis blog dengan jiwa kental dan jati diri yang kukuh, akan tetap berada dalam kelasnya tersendiri. Walau beribu blog dah berkubur, anda masih ada di sini. Terus menulis. Tahniah!!

2 comments:

  1. Ikut keupayaan kita. Jika kita berimpian seperti mereka. Kejarlah mereka. Buatlah sepertimana mereka buat. Betul kata - kata kamu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.