Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perjalanan Seorang Anak Dari Pelajar Kelas Corot Ke Kelas Pertama

Perjalanan Anak Saya Dari Pelajar Kelas Corot Ke Kelas Pertama. Ini adalah kisah kami. Kisah perjalanan anak-anak syurga kami yang melalui ranjau dan duri mengharungi cabaran dunia seorang pelajar. Kami miliki dua orang hero, seorang 19 tahun dan yang bongsu 12 tahun, tahun 2019 ini.

Betul, setiap anak ada kelebihan masing-masing. Yang pertama intelligent by gifted. Lahir-lahir memang cerdik dan matang. Seusia 9 bulan dah berjalan dan bercakap. Seusia 3 tahun dah pandai buat susu sendiri dengan sukatan yang kita ajar. Begitu matang dan mendengar kata. 6 tahun dah masuk darjah 1 sekolah agama. Masuk sekolah rendah, semua subjek A. Asyik naik pentas ambil hadiah. Syukur alhamdullilah. Pembelajaran sangat baik, UPSR semua A, PT3 merosot cuma 7A dan SPM agak baik 9A. Masuk Matrikulasi dan sekarang dalam perjalanan menjadi seorang doktor. Insyaa Allah, moga Allah izinkan.

Perjalanan Seorang Anak Dari Pelajar Kelas Corot Ke Kelas Pertama


Yang kedua, anak ini agak unik. Agak berbeza dari abangnya. Playful, sangat hyper sewaktu umur 2 tahun hingga 6 tahun. 

Perjalanan Anak Saya Dari Pelajar Kelas Corot Ke Kelas Pertama


Anak kedua saya, inilah kisahnya. Perlukan kesabaran yang tinggi sewaktu mendidiknya. Agak loyar buruk. Cabaran terbesar bila dia anggap sekolah adalah tempat bermain.

Baginya, kata-kata cikgu yang paling betul, kami ayah dan ibunya cakap semua salah. Dari nak pasang lencana sekolah, kerja rumah, jenis kasut atau pensil, salah beli semua tak boleh. Mesti kena ikut 'peraturan' cikgu. Jenuh nak fahamkan dia yang kita buat pun betul.

Bila dia anggap sekolah tempat bermain, saya asyik kena panggil dengan cikgu kata anak saya tak hadir sekolah. Eh pelik, tadi elok kita hantar dia. Rupanya dia bermain di kawasan belakang sekolah, main gelongsor dengan geng-gengnya. Huh! Dekat 4 bulan juga nak betul kan persepsi dia..

Bila bab kerja sekolah kita ajar pun tak nak ikut. Sampai saya kena menipu yang saya pun cikgu, mengajar student macam dia jugak. Naya betul! Bila cakap yang saya ni cikgu, barulah apa yang saya ajar dia ikut.. itu pun macam tak percaya.

Darjah 1 masuk kelas paling corot, kelas 1 H. Tak apa lah.. budak lagi. Tapi saya duduk dengan ayah dan abangnya, bincang tentang si adik. So.. kita ambil conclusion, si adik ni kena fokus dan kena bimbing. Bukan bijak as gifted as his brother..

Bermulalah saya sebagai "cikgu yang menyamar" di rumah menjadi guru besar! Semua saya pantau, membaca, menulis dan semak buku dia hari-hari. Perit dan penat nak "pegang" budak yang "playful" hanya Tuhan yang tahu.

Berkat usaha kami bersama, hujung tahun dia dapat anugerah pencapaian drastik. Naik ke kelas D. Sampai setengah tahun je, dapat masuk kelas C. Alhamdulillah.

Darjah 2 kelas D, lompat kelas C pada pertengahan tahun. Darjah 3 masih di kelas C, belajar pun masih tak fokus. Apa nak buat? Saya risau.. sebab as his brother said.. adik ni bijak cuma tak fokus. Terlalu playful. Cikgu pun cakap benda yang sama. Tak apa.. saya mula beri supplement untuk minda. Saya semakin konsisten ajak dia baca buku sama-sama setiap hari walau siangnya saya dah penat bekerja.

Setiap kali exam, alhamdulillah dia dapat apa yang saya targetkan. Kalau saya kata kita kena dapat A, B atau sebagainya untuk subjek tertentu.. kita akan buat sama-sama. Bila dia nak periksa, saya akan baca buku-buku dia dan soal jawab dengan dia. Yes.. its proven. Dah lah dia memang malas membaca.. kita rujuk soalan-soalan lepas. Kalau soalan tu 10 markah, saya paksa dia hafal 10 step jawapan karangan dari rumah.. haha

Dia memang benci lukisan. Setiap kali exam lukisan.. kami akan pilih tajuk di rumah, sama-sama buat sebiji macam nak periksa esoknya. Bila waktu exam.. dia ingat step yang saya ajar di rumah, warna apa dan hasilnya lukisan dapat A daripada D & E sebelum ini. Hehe.. itulah anak kedua saya.

Gambar hiasan

Darjah 4 dia jatuh ke kelas D semula sebab playful, yes.. itulah dia. Penangan game di handphone, mobile games dan sebagainya menyebabkan dia teruk balik. Never mind. Its never be late to change. Saya stopkan handphone bill dia dan gantikan dengan top up je. Habis data, dia senyaplah.. back to study..

So, saya start perang psikologi dengan dia. Saya kata, apa yang saya buat kat abangnya dari dalam perut, pun saya buat kat dia. Saya khatamkan al Quran kedua-duanya sewaktu mengandung, saya banyak makan buah.. berkilo-kilo, saya pilih namanya yang berpangkal sama. So saya kata, awak mesti menjadi seperti abang. Kerana anda adalah sama, nama pun sama maksudnya..

Kembali bersemangat, darjah 5 masuk kelas B.  hehe.. dia semakin matang. Dah berkhatan katakan.. mula dengar kata. Saya masih jadi guru besar di rumah, check kerjanya hari-hari dan tukang semak kerja rumahnya. Kalau dia buat tak cantik, saya koyak suruh buat semula! Dan kami target nak masuk kelas A tahun depannya, darjah 6 lah..

Alhamdulillah.. darjah 6 masuk kelas A. Tahun yang agak mencabar buatnya. Peperiksaan penggal pertama, dalam kelas dapat nombor 33 daripada 42 pelajar. So, kami berdua duduk bersama-sama lagi. Dengan abangnya yang pakar matematik.. dia belajar dan ikut arahan cikgu, (dah besar, dah fokus sikit), kami buat target baru. Exam pertengahan tahun mesti nak capai top ten student.

Bila dapat result hari tu.. dia dapat no 11. Daripada tempat 33 turun ke 11. Hampir kepada top 10. Tak apa.. now untuk percubaan UPSR ni kita nak target markah pulak. Nak markah 85 ke atas. Rasanya boleh ke, tanya saya kepada dia. Dengan selamba dia cakap kalau dah usaha pasti berjaya. Haha.. dah matang beb!

Namun yang pasti doa adalah senjata orang mukmin. Bila diberikan anak seperti ini, yang bijaknya dengan didikan dan sokongan yang betul.. kita kena yakin dan sabar. Allah kan ada, Dia tak zalim.. jangan berhenti berdoa.

Kesimpulannya;

1. Tak semua anak dilahirkan bijak, ada yang gifted dan ada yang kena bimbing. Saya dah laluinya..

2. Bersabar tahap tertinggi. Jangan bodohkan anak-anak

3. Yakin dengan kemampuan mereka

4. Kita kena pandai dari mereka, buat-buat pandai macam saya.. confident level kena tinggi

5. Bekalkan supplement untuk minda seawal umur mereka 8 tahun ke atas.. jangan putus bekalan

6. Sentiasa ajar anak kejar target dan tahu apa harapan kita untuk dia. Buat sama-sama mencapai impian tersebut.

7. Jangan bandingkan anak-anak, sebaliknya berbincang bersama untuk bantu satu sama lain

8. Solat, zikir-zikir ringkas adalah terapi untuk anak-anak yang nakal. Ini semua jadi ubat pada akhirnya..

9. Santai dan biarkan dia bermain dan bercampur dengan rakan sebaya. Itu bagus untuk emosinya..

Akhir sekali, saya mohon doa kalian untuk anak-anak syurga saya agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas, iman yang teguh, selamat dunia dan akhirat. Aamiin..

Semoga coretan ini menginspirasikan kita semua. Insyaa Allah..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close