Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


8 Jalan Rezeki Dalam Al Quran

8 Jalan Rezeki Dalam Al Quran. Rezeki Allah itu luas. Berjalanlah di muka bumi ini, kembaralah. Carilah rezeki dari sumber yang halal dan jauhi yang haram. Setiap orang yang bberusaha pasti akan dihadiahi dengan rezeki dari pelbagai sumber. Jangan mengeluh jika rezeki mu sedikit hari ini. Kerana itulah bahagian rezeki yang Allah telah jamin untuk kamu dari jalan yang pelbagai.

Cuma, mohonlah kepada Allah agar kita selalu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir.


8 Jalan Rezeki Dalam Al Quran


Setiap makhluk telah telah dijamin rezeki masing-masing sejak dari Luh Mahfuz lagi. Jodohnya pun begitu telah ditentukan sejak dari dalam perut lagi. 

8 Jalan Rezeki Dalam Al Quran

8 jalan rezeki sebagaimana dalam al Quran:

1. Rezeki kerana istighfar
2. Rezeki yang telah dijamin
3. Rezeki tak diduga
4. Rezeki kerana anak
5. Rezeki kerana berkahwin
6. Rezeki kerana bersyukur
7. Rezeki kerana sedekah
8. Rezeki kerana usaha

Begitulah jalan rezeki yang Allah telah aturkan kepada setiap makhluknya.

Jangan di cemburui rezeki orang lain kerana setiap orang ada rezeki masing-masing. Dan, yang namanya rezeki itu bukanlah setakat wang ringgit semata-mata. Rezeki juga boleh digambarkan seperti:

1. Dikurniakan kesihatan yang baik
2. Memperoleh anak yang taat dan soleh
3. Dikelilingi sahabat dan rakan yang penyayang dan selalu membimbing
4. Masih mempunyai ibubapa tempat kita berbakti dan mengharap karamah doanya
5. Diberikan wajah cantik dan tampan pun satu rezeki
6. Dan banyak lagi bentuk rezeki yang Allah kurniakan

Kerana itu, kalau orang lain laris perniagaannya, doakanlah mereka dan kita pun boleh jadi seperti mereka. Jangan dengki dan khianat atas kejayaan orang lain. Bila Allah dah jamin rezeki masing-masing, takkan siapa dapat merampasnya. Walau hilang dari pegangan, ia akan mendapatnya semula.

Oleh itu, bersyukurlah atas rezeki orang lain dan berdoa agar kita juga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti mereka. Jangan langsung ada irihati dan dendam antara satu sama lain.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments