Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Berdoa Dengan Asmaul Husna | al Muqtadiir





Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Muqtadiir | Al Muqtadir, Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Berkuasa / Maha Menentukan / Memiliki Kuasa Penuh / Yang Sangat Kuasa – Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya dan berkuasa menentukan segalanya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Muqtadiir ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Qaadir

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Muqtadiir 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Muqtadiir = 20 kali


Ertinya : 

Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Berkuasa / Maha Menentukan / Memiliki Kuasa Penuh / Yang Sangat Kuasa – Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya dan berkuasa menentukan segalanya.

a) Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ‘Ya Muqtadir’ seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

b) Apabila dibaca ‘Ya Muqtadir’ 100 kali setelah bangun tidur, InsyaAllah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

c) Apabila tersedar / terjaga iaitu setelah bacaan doa bangun tidur, dibaca ‘Ya Muqtadir’sekurang-kurangnya 20 kali, InsyaAllah akan dapat menyelesaikan tugas/ kerja dengan mudah sekali.

d) Sesiapa yang mengulangi sebanyak mungkin ‘Ya Muqtadir’, InsyaAllah ia akan mendapat dan menyedari kebenarannya.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments