Header Ads

Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah
Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah. Tak siapa pun dalam dunia ni nakkan ujian yang diluar kemampuannya. Sebab itu, jika didatangi musibah, itu semua adalah dalam kemampuan kita. Walaupun seksanya memakan masa bertahun, tetapi Allah dah tahu semua itu. Dah disediakan dengan hadiah yang tak dijangka. Sebab itu, ada ketika kekuatan dan kesabaran seseorang bertahan ketika dilanda musibah menjadi asbab untuknya memasuki syurga.

Selain sabar, akhlak terpuji seseorang juga amat dipandang tinggi hinggakan mungkin penyebab untuknya masuk syurga. 

“Orang islam adalah orang yang menyelamatkan orang lainnya dari lidah dan tangannya” (HR. Bukhari)

Setiap muslim dianjurkan untuk selalu berhusnudzan kepada saudaranya. Alangkah bagusnya perkataan Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al Jarami, “Apabila kamu mendengar berita yang tidak kamu sukai dari saudaramu, maka carilah uzur untuknya semampumu. Jika kamu tidak mendapatkan uzur untuknya, katakan pada dirimu bahawa mungkin saudaraku itu memiliki alasan yang tidak aku ketahui. (Al Hilyah 2/285)

Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah

Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah Mungkin Penyebab Syurga Baginya


Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar karena niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil karena niat pelakunya. Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda."


Sebab itu, Akhlak Dan Sabarnya Seseorang Ketika Dilanda Musibah mungkin penyebab syurga baginya di akhirat nanti.

Jom baca perkongsian di bawah ini:

6 PESANAN INDAH KIYAI HAJI MAIMUN ZUBAIR](pendakwah Indonesia yg meninggal semalam & dikebumikan di ma'ala Mekkah). 

1. Jika engkau melihat seekor semut tergelincir dan jatuh ke dalam air, maka angkat dan tolonglah...barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagimu di akhirat. 

2. Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh mengganggu perjalanan umum, maka singkirkanlah, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkan jalanmu menuju ke syurga. 

3. Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari ibunya, maka ambil dan susulkan ia dengan ibunya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga. 

4. Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka tumpangkan dan hantarkanlah dia... barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia. 

5. Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak-anakmu, setidaknya itu menjadi amal jariah yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kubur. 

6. Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti, setidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu. 

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya. Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda."

Namun, bukanlah bermakna puasa sunnah, solat malam itu tak membantu kamu masuk syurga, cuma Allah nak kita ikhlas dalam perbuatan dan amalan secara istiqamah hinggakan tak timbul soal balasan yang diperolehi sebaliknya melakukan sesuatu kerana sedar kita ni hamba yang penuh dosa dan tak sempurna. Berusaha melakukan yang terbaik demi mengharapkan ampunan semata-mata. 

Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa istiqamah, sabar dan syukur selalu atas segala nikmat dan ujianNya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.