Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Date Dengan Hero Malayaku

Lunch date dengan hero pertamaku.. selepas hantar adiknya pergi sekolah agama, maka mak dan anak pun buat aktiviti sendiri. Langsaikan mana yang nak dilangsaikan. Sempat juga cuci kereta selepas tukar tayar.

Beli barang dapur pula duit terbang lagi. Ambil ayam seekor, ikan gelama, ikan kembung hijau, tulang kambing (berangan nak masak sup kambing.. ) dan juga isi ayam 1 kg.. agak-agak berapa habis ya?


Itu belum lagi 5 hingga 6 jenis sayur untuk stok seminggu. Biasanya untuk stok sayur kami akan beli sayur yang tahan lama seperti kobis, kacang buncis, terung, timun, kacang panjang dan banyak lagi. Puas hati rasa dapat penuhkan stok sayur kat peti ais.

Lunch Date Dengan Hero Malayaku


Lunch kita orang pun start dah lambat, dekat pukul 3.00 petang. Sebabnya.. ada banyak benda kena settle. Pergi tukar tayar kereta, beli barang dapur, cuci kereta, dan banyak lagi nak kena buat. Almaklum, kita orang baru balik dari KL. 

Kita orang lunch di SDS je, makan apa yang ada sebab perut dah lapar sangat. Saya memang penggemar Fiah n Chips. Itu je yang saya order dengan Cappucino.




Hero malaya saya makan Baked Rice with Curry Chicken. Haha.. Bau sedap mengharum tapi bila ditanya sedap atau tak, dia jawab.. "Bolehlah..". Dah memang orang lelaki suka jawab macam tu je.. Nasiblah nak..

Makan dengan si hero malaya ni sementara ada kesempatan nak berdating. Bulan depan dia dah nak terbang dah..

Semoga hero malaya saya ni dikurniakan kesihatan yang baik, cemerlang sebagai hamba Allah dan anak yang soleh kepada ibubapanya. Tercapai hajat dan cita-citanya. Aamiin..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close