Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha 1440H Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia

Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha 1440H Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia. Panjang kan tajuk entry saya kali ini, bukan apa.. seronok nak sama-sama meraikan pengorbanan kita yang berkorban dengan binatang sembelihan dan juga sahabat-sahabat kita yang berkorban jiwa dan raga menunaikan haji di Mekah. Alhamdulillah kerana kita masih diizinkan bernafas lagi hari ini. Nikmat TuhanMu yang manakah nak Engkau dustakan?

Dalam menjelang perayaan aidiladha ini, ada banyak amalan dan perkara sunat yang kita boleh lakukan, contohnya seperti melebarkan salam dan ucapan Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia, mengingati kebesaran Allah dan Rasulnya dan melakukan ibadah korban samada untuk bersedekah atau korban untuk keluarganya sendiri. Lebihkan juga bertasbih dan bertakbir dan bertahmid tanda kesyukuran k


Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha 1440H Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia


Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah setiap tahun akan diraikan tahun ini pada 11 Ogos 2019 di seluruh dunia.

Ucapan Selamat Menyambut Aidiladha 1440H Kepada Muslimin Dan Muslimat Di Seluruh Dunia

"Saat berderai jatuh, titisan airmata Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung.. Erti Sebuah Pengorbanan. SALAM AIDILADHA."
Saya mengucapkan salam aidiladha kepada pembaca tersayang di blog ini. Semoga kita semua dapat mengambil inspirasi dari cerita dan kisah pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang kita muliakan.

Aidiladha bukan sekadar meraikan kegembiraan malahan disebaliknya untuk kita menginsafi golongan yang kurang bernasib baik lantas kita sama-sama mengeluarkan sebahagian harta yang kita mampu dan membantu mereka yang memerlukan.

Sunat melakukan ibadat korban,

Dalam al Quran surah al Hajj, ayat 37..
(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridaan Allah) tidak dapat diterima di sisi-Nya (tetapi ketakwaan daripada kalianlah yang dapat mencapai keridaan-Nya) yaitu yang dapat sampai kepada-Nya hanyalah amal saleh yang ikhlas disertai iman. (Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya) yakni atas petunjuk-Nya yang telah membimbing kalian sehingga dapat mengetahui pertanda-pertanda agama dan manasik-manasik haji-Nya. (Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik) iaitu orang-orang yang mentauhidkan Allah.

Salam aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Panduan cara mudah buat duit tanpa modal, hanya baca dan kongsi artikel di media sosial, boleh dapat RM30-RM500 sehari. Silakan baca di Cara Buat Duit Dengan Cashzine

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close