Makan-makan santai ni secara kebetulan meraikan seorang rakan kami yang nak berhenti kerja. Jadi, kami buat grand sikit dan order beriani ayam dan juga sambal pengantin. Gambar-gambar ada saya tabur kat bawah ya.. 😘😘😘
Makan-Makan Santai Dengan Sambal Pengantin Dan Beriani Ayam
Alkisahnya, pada 31 Julai 2019, office kami mengadakan makan-makan santai entah kali ke berapa.. yang penting ada makan-makan..
Apa menunya? Dah tentulah sedap-sedap belaka. Gambar akan berbicara nanti ya..
Antara menu kami adalah nasi beriani ayam siap dengan dalca dan acar timunnya, ada sambal pengantin sedap, ada sup tulang merah ala Singapore, buah-buahan berkhasiat. Lagi satu, pajeri nenas kegemaran ramai. Hehe..



Gambar bawah.. sambal pengantin versi daging lembu. Ada ramai kawan pejabat (India dan Cina) yang tak makan daging lembu ni.. ruginya.. haha. Jangan marah ya, kita bagi perabis..

Nasi beriani yang amat sedap, lembut dan panjang-panjang pulak tu..

Sayang-sayangku.. yang pic bawah ni pula adalah paceri nenas. Sedapnya ya Allah. Dengan rasa masam nenas, rasa kari dan kerisiknya. Hmm.. ada pula kerangupan cili hidup tu. Kayu manisnya naik wangi je.. the best!!


Yang gambar tupperware merah pula, sambal pengantin guna daging kambing pula. Yang ini barulah my Chinese & Indian colleague boleh makan. Kami yang Malay pun makan sekali lagi..

Itulah kisah kami makan-makan santai kat office hari tu. Ada banyak hidangan yang sedap dan lazat. Memang happening betul.. sampai boleh tapaw bawa balik. Terima kasih kawan-kawan yang sporting mengenyangkan perut kami. Haha..

wah meriah betul ni
ReplyDelete