Lifestyle Resepi Info Terbaik

5 Koleksi Resepi Kuih Muih Sedap Cikgu Azlina Ina

Resepi Kuih muih sedap Cikgu Azlina Ina. Dalam posting ini saya cuma mengumpulkan beberapa resepi terbaik cikgu Azlina Ina, pkar resepi yang popular di media sosial. Dan banyak resepinya telah dicuba dan alhamdulillah.. semuanya menjadi dengan sedap dan cantik sekali. So, saya tak akan cipta resepi tau.. cuma kongsikan je. Hihi.. ❤👌

Resepi kuih tradisional ilham Cikgu Azlina Ina yang saya kongsi nanti diharap dapatlah kita cuba buat untuk minum petang atau hidangan berbuka puasa nanti. Sesekali buat sendiri, mesti keluarga lagi bersemangat untuk merasai resepi-resepi anda yang lain nanti.. hehe

Resepi Kuih Muih Sedap Ilham Cikgu Azlina Ina


Cikgu Azlina Ina ni tak kedekut ya dengan ilmu membuat kuih muihnya, buat kek dan masakan. Segala kepakaran diturunkan tanpa gagal dan amat teliti dalam memberikan tips untuk hasilkan masakan terbaik.

Jom lihat beberapa koleksi resepi cikgu Azlina Ina yang ambil dari laman FBnya.

1. Sponge Kek Mudah



Bahan-bahan:

5 biji telur
3 sudu susu full cream
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri (jenama mfm)
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali minyak
2. Mix slow bagi sebati sekejap
3. High speed bagi gebu
4. Masukkan minyak dan kacau rata
5. Panaskan oven. Masukkan adunan dalam loyang saiz 5" dan lapik dengan baking paper
6. Bakar pada suhu 160⁰ atau 170⁰, masa 35 - 40 minit
7. Dah masak, boleh hias dengan cream atau coklat, ikut suka.

2. Roti Jala Paling Mudah



Bahan-bahan:

4 biji telur - 2 ambil kuning saja, yang lebih ambil semua
4 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning atau hijau
2 sudu besar butter cair atau ganti minyak pun boleh
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan dan blender sampai sebati dalam 3 minit lebih kurang
2. Tapis masuk dalam jug air, supaya senang nak tuang dalam acuan roti jala
3. Sapu sikit butter atas non stick pan
4. Buat adunan roti jala melintang dan menegak, ikut suka
5. Lipat tepi kanan dan kiri, macam lipat kain 😊😊
6. Gulung elok-elok
7. Siap roti jala mudah
8. Boleh makan dengan kari, serawa durian .. ikut suka

3. Kuih Puteri Ayu




Bahan-bahan:

4 biji telur
250 gm tepung gandum
200 gm gula
200 ml santan kotak kecik kara atau mns
1sb ovalatte
2 sk pandan coconut pasted
1 sk baking powder
pewarna hijau
kelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan 2 sudu besar tepung ubi  

Cara Penyediaan

1. Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte, pasted pandan pewarna hingga kembang dan gebu. (kalau nak buat perisa lain atau colour lain masa ni mix plain je ye)

2  Masukkan santan, paste pandan, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.

3. Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.
Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit api besar. kalau nak buat colour lain bahagikan adunan ok


4. Apam Kampung Gula Merah




Bahan-bahan:

1 /2 cawan air
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan simpul
Masak smpai gula larut dan biar suam

Bahan Kedua:

1 cawan tepung beras
5 sb tepung gandum
1 sb mauripan atau yis kering
1/4 cawan gula biasa (tak suka manis kurangkan)
1/4 cawan air biasa


Cara Penyediaan;

1. Masukkan semua bahan kedua dalam blender.

2. Tapis bahan pertama ke dalam bahan kedua dan blender sekali.

3. Perap 2 jam dan sapu minyak pada lompang
dan isi 3/4 dari acuan lompang

4. Panaskan kukusan dan kukus api besar 15 minit hingga 20 minit ikut besar api dapur masing-masing.

5. Makan dengan kelapa parut lagi sedap. Mudah dan simple aje.

5. Resepi Kuih Lapis Sedap Lemak




Bahan-Bahan

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara Menyediakan Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan


1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.

5. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




Bila saya gabungkan, resepi kuih tradisional air tangan Cikgu Azlina Ina tak berapa banyak tetapi resepi kek dia yang banyak. Macam-macam nama dan inovasi dari cikgu kek viral di Malaysia ni. Lihatlah followers FB dia dah lebih 1 juta termasuklah saya. Hehe.. yang bestnya dia tak lokek ilmu. Siap ajar cara buat kek atau kuih untuk bisnes lagi. Baik kan? Orang baik Allah sayang dan rezekinya mencurah-curah.

Sebenarnya ada banyak juga resepi kuih tradisional Cikgu Ina, cuma anda Google je. Pasti ada dimana-mana.

Selamat mencuba. Share kan jika bermanfaat.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close