Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Jom Lunch Dengan Asam Pedas Ikan Pari

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Jom Lunch Dengan Asam Pedas Ikan Pari. Dah lama we alls tak makan ikan pari terutama yang dimasak menu asam pedas. Hari ni ada urusan kat NinjaVan. Berdekatan pulak dengan restoran yang terkena dengan asam pedasnya. Ya Allah.. terubat rindu rasanya.. 


Korang layan gambar je la ya.. ada sayur lemak kobis, terung goreng ikan bilis dan menu utamanya iaitu ikan pari. Saya ambil bahagian ekor dia..


Ambil dalam mangkuk berasingan dengan kuah asam pedas ambil lebih. Sebab kita orang suka hirup kuah asam pedas. Dan pilihan utama mestilah asam pedas yang cair kuahnya.


Sayur terung goreng ikan bilis. Bukan goreng berlada tau.. cili pun tak pedas dan hanya hiris je. Yang lebihnya adalah ikan bilis halus digoreng rangup. Sedap la jugak..


Tak ada dalam gambar adalah menu telur dadar dan ayam goreng 2 ketul. Haha.. siapa punya agaknya tu?? Tentulah si bujang bongsu kami.

Kalau korang tepu nak masak apa.. boleh la masak asam pedas ikan pari. Kalau tak suka ikan pari, boleh ganti ikan merah atau ikan siakap.

Selamat berehat di hujung minggu.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments