Header Ads

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang
Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang. Salam perpisahan adalah ucapan yang paling berat nak dituturkan, terkadang kelu lidah nak berbicara dan ada ketika hanya airmata menjadi gantinya. Terutamanya, bila kita kena berucap kepada orang yang kita sayang. Aduh.. memang langsung hilang kata-kata. Betul tak??

Jadi, sebagai panduan dan alternatif, saya kongsikan ucapan salam perpisahan yang boleh kita sampaikan kepada seseorang dalam bentuk SMS, whatsapp ataupun kad sebagai pengganti diri. Semoga ia menjadikan majlis perpisahan kita lebih bermakna dan kekal dalam ingatan.

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang


Ada berbagai bentuk dan cara seseorang menyampaikan salam perpisahan kepada guru, sahabat atau orang yang kita sayang. Biasanya ucapan-ucapan ini kita sampaikan jika mereka yang dekat dengan kita itu nak berpindah, berhenti kerja atau melanjutkan pelajaran ke luar negara.

1. Selamat jalan sahabatku! Masa mungkin mencemburui kita tetapi masa juga yang akan mempertemukan kita kembali. Sepanjang perpisahan ini, jagalah dirimu sebaiknya. Sampai jumpa nanti, selamat tinggal!

2. Tiada ucapan terbaik untuk guruku yang tersayang. Hanya kalungan doa dan ucapan terimakasih di atas segala jasa dan bakti, keringat dan kesabaran dan jua kasih sayang yang dicurahkan hingga menjadikan aku manusia seperti hari ini. Semoga cikgu terus berjaya mendidik anak bangsa bila berada di tempat baru.

3. Terima kasih sahabatku! Di sini ada tawa, duka, penat dan lelah yang pernah kita lalui bersama. Semoga ia tak menjadikan kita semakin jauh akibat perpisahan ini. Semoga masih ada bahagia dan rindu saat kita bertemu nanti. Selamat dan suksess di tempat baru.

4. Engkaulah guruku. Guru yang memberi setitik ilmu. Tak putus asa walau peluh terus mencurah. Bukan untuk dirinya seorang tetapi untuk generasi pewaris bangsa. Selamat berkhidmat guruku di tempat yang baru.

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang


5. Guru,
Kaulah awal dari cita-cita
Kau membimbing dengan penuh semangat
Untuk melahirkan anak-anak bangsa yang hebat
Namamu akan selalu ku ingat!

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang

6. Bunga cina bunga karangan
Tanamlah rapat tepi perigi
Adik di mana abang gerangan
Bilalah dapat bertemu lagi

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umurku panjang
Bolehlah kita bertemu lagi.

7. Kamu memang bukan lagi rakan sekerjaku. Tetapi kamu masih seorang sahabat yang bererti buatku. Semoga terus suksess di tempat baru. Selamat berjaya!!

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat, Guru Dan Orang Tersayang

8. Kepergianmu adalah sebuah kehilangan akan canda tawa di meja kerja. Pertemuan dan perpisahan adalah dua kata yang pasti terjadi dalam setiap roda kehidupan. Sampai jumpa lagi, sahabat!

Ada banyak lagi koleksi kata-kata ucapan perpisahan kepada orang yang tersayang, sahabat, rakan sekerja, guru dan sebagainya yang boleh dikongsikan. Semoga kata-kata ucapan yang baik-baik untuk mereka akan meletakkan nilai penghormatan kita kepada mereka kekal abadi dalam ingatan.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.