Header Ads

Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh
Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh. Doa adalah senjata orang mukmin. Biar orang kafir memperlekeh kita, menghina, tak menghormati kita.. Tak mengapa. Sebab kita ada senjata rahsia yang boleh digunakan ketika perlu dan sewaktu teraniaya. Namun, kita juga digalakkan mendoakan orang yang buat zalim itu dikurniakan taufik dan hidayah Allah. Mana tahu satu hari nanti kaum kita bertambah kuat dan ramai. Rahsia dan perancangan Allah tak siapa tahu, kan?

Baiklah. Selamat berpagian kepada semua pembaca blog saya. Blog picisan tempat saya meluah sedikit rasa dan pandangan saya melalui hobi menulis ini. Sambil membebel, celahkan juga azimat dan kata yang boleh dipegang sebagai motivasi.

Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh


Bercerita tentang doa terbaik dan mesti dibaca oleh Rasulullah setiap pagi selepas solat subuh, ia adalah doa rahsia kejayaan kita sepanjang hari. Dari kita bangun dan sebelum kita tutup mata pada waktu malamnya. Doa yang penuh hikmah.

Doa ini juga jadi kebiasaan saya setiap pagi selepas bangun tidur, dan disebut juga doa waktu pagi. Atau doa dipermudah urusan. Banyak lagi versi doa ini ikut kesesuaian si pengamalnya.

Sebab saya panggil doa ini doa waktu pagi, sebab dalam maksud doa ini kita mohon kepada Allah agar diberikan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang berkat dan amalan yang diterima. Sangat luas dan dalam maksud doa ini, subhanallah..

Doa terbaik rasulullah selepas solat subuh

Diriwayatkan dari Ummu Salamah, bahawa Nabi Muhammad SAW setelah solat subuh membaca,

Allahumma inni as'aluka 'ilman naafi'an
Warizqan toyyiban, wa'amalan mutaqabbala..

Maksudnya;

"Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."


Semoga doa terbaik yang Rasulullah amalkan ini menjadi kemestian kita lakukan sebelum keluar mencari rezeki atau menuntut ilmu. Sesungguhnya doa itu niat kita. Yang baik pasti diberikan ganjaran baik juga oleh Allah. Samada cepat atau lambat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.