Header Ads

Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar
Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar. Pelajar kerjanya belajar, tanggungjawab yang utamanya adalah belajar. Dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, pasti ada tekanan, kerisauan, rendah diri dan sebagainya seribu satu rasa yang tak mampu diluah dengan kata. Kadangkala sikap mereka itu yang menunjukkan protes dalam diri yang kita sendiri pun kadang tak perasan. Lalu timbul gejala dan masalah sosial yang tak terbendung lagi.

Jalan penyelesaiannya tentulah ada, ibu bapa dan guru serta pelajar itu sendiri kena main peranan. Saling berganding bahu, cari titik persamaan bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.

Ada juga kata semangat dan kata-kata hikmah yang boleh direnungkan dan dijadikan sandaran motivasi untuk terus cemerlang sebagai pelajar dan hamba Allah.


Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar


Saya sajikan kata-kata hikmah kepada pelajar agar mood dan semangat belajar mereka sentiasa konsisten dan berperibadi cemerlang disayangi semua.

1. Orang-orang yang berjaya dalam dunia ini pada awalnya bermula dengan satu impian dan harapan. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha membuktikannya. Sehingga mencapai kejayaan. Impian menjadi realiti.

Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar

2. Perjalanan beribu batu dimulakan dengan langkah yang PERTAMA!

Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar

3. Niatkan dalam hati kita belajar kerana ALLAH. Kerana mahu membanggakan kedua orang tua, dan orang di sekeliling kita. Dan, kerana mahu membuktikan yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain.


4. Barangsiapa menghendaki kebaikan di dunia, maka dengan ilmu. Barangsiapa menghendaki kebaikan di akhirat, maka dengan ilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki kebaikan bagi keduanya, maka dengan ilmu. { HR Bukhari & Muslim}


5. Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa. Kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan.


6. Kejayaan adalah langkah pertama. Langkah kedua adalah mengekalkan kejayaan. - Irfan Khairi

Kata Mutiara Hikmah Kepada Pelajar

7. Kegagalan yang utama adalah gagal untuk mengambil tindakan yang pertama.


8. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi.. belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Kata mutiara hikmah untuk pelajar

Semoga kata-kata hikmah untuk untuk pelajar dapat menjadi motivasi kepada pelajar yang sedang berjuang melawan stress, kemalasan dan rasa rendah diri. Perjuangan anda baru bermula. Jangan sesekali berputus asa.

Okay👌❤

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.