Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Makan Malam Di Dulang Lima Cafe JB

Makan Malam Di Dulang Lima Cafe JB. Memang agak lambat kita orang dinner sebab keluar rumah lepas habis solat maghrib. Senang bila dah lepaskan kewajipan yang satu itu, semua benda buat pun rasa rileks dan tenang.

Jika anda pernah pergi makan di Dulang Lima Cafe anda pasti tertawan dengan dekorasi dalam cafe tersebut yang berunsurkan rumah lama. Perabut, meja, tingkap hiasan.. semua pattern lama. Memang klasik beb..

Saya dapat maklumat tentang Dulang Lima pun dari FB Visit Johor. So, kira terkenal lah cafe ini.


Makan Malam Di Dulang Lima Cafe JB


Lokasinya yang tepat adalah di Taman Perling. Alamat boleh di cari di FB Dulang Lima ya.. sebab kami pergi pakai terjah je..

Makan Malam Di Dulang Lima Cafe JB

Menu popularnya adalah masakan kampung. Dan yang kami order adalah asam pedas. Asam pedas style Johor, kuah boleh hirup punya! Yummy!!

Makan Malam Di Dulang Lima Cafe JB

Kenapa dipanggil Dulang Lima? Mungkin dalam q dulang besar tu, mesti ada kombinasi 5 hidangan. Agaknya lah.. kami order 2 dulang, dengan tambahan sayur bendi telur dan telur dadar. Yang lain memang ada dalam pakej dia..


Satu dulang standard boleh makan untuk 2 orang dewasa berharga RM35. Ni anggaran menu yang paling murah. Ada kombinasi menu lain ikut saiz hidangan dan berapa ramai yang nak makan..

Dulang pun tak kisah mesti berkilat. Rileks je guna dulang style mak-mak kita yang dah tak comel lagi.. haha. Rasa macam kat rumah pulak..

Semoga perkongsian tentang tempat makan malam kami di atas memberikan sedikit informasi cafe yang boleh anda cuba di lain masa.

Selamat bersantai.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments