Header Ads

Khasiat Anggur Merah Untuk Kesihatan


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Khasiat Anggur Merah Untuk Kesihatan
Khasiat Anggur Merah Untuk Kesihatan. Dalam banyak-banyak anggur, tentulah kami suka anggur merah terutamanya yang tak ada biji. Seedless orang kata.. lagi satu bentuknya yang agak bujur runcing. Tu kami suka, tapi harga pun boleh tahan mahal semua anggur ni kan? Yang hijau atau merah, dua-dua pun mahal.

Oleh kerana suka sangat makan anggur, so kenalah tahu apa khasiat buah anggur ni, terutamanya yang merah. Dah lah merah, rangup dan manis. Memang terliur je tengok kalau tak dapat beli..

Buah anggur merah kaya kandungan kalium, karbohidrat, protein, vitamin A, C, B6, kalsium, zat besi dan magnesium yang baik untuk tubuh.

Khasiat Anggur Merah Untuk Kesihatan


Anggur ada banyak khasiatnya. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan dan bagus juga untuk kecantikan. Saya kompilasikan segala khasiatnya untuk panduan kita bersama.

Khasiat Anggur Merah Untuk Kesihatan

Anggur merah yang belum di bungkus, beli timbang. 2 tangkai gitu harga kurang RM10.00. Okay la kan..


Sebelum masuk mulut, cuci dulu bersih-bersih ya sebab ada bahan kimia sebagai penyegar buah tu..


Baiklah. Jom kita tengok khasiat buat anggur merah untuk kesihatan.

Menjaga Kesihatan Kulit


Kandungan air yang sangat tinggi pada buah anggur ini, memiliki khasiat untuk menjaga kesihatan kulit. Beberapa penelitian mengatakan, bahawa buah anggur yang diperkaya dengan senyawa fitonutrien ini bagus dalam melindungi sel kulit dari efek radiasi sinar ultraviolet.

Melewatkan proses Penuaan


Kandungan nutrisi serta vitamin yang sangat kaya pada buah anggur ini, ternyata sangat baik untuk kesihatan. Ternyata, buah ini bermanfaat untuk melewatkan proses penuaan, mempercantik kulit. Selain itu juga membantu melindunginya dari berbagai masalah seperti kulit kusam, kering dan pecah-pecah.

Mencegah dan Melawan Kanser


Buah anggur merah memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Menurut pakar, kandungan ini sangat baik dalam mencegah dan melawan sel kanser dalam tubuh. Beberapa kanser yang mampu dicegah dengan memakan anggur secara kerap adalah kanser paru-paru esforagus, kanser rahim, kanser usus besar, kanser pancreas dan hingga kanser prostat.

Pada penelitian di National Cancer Institute menemukan bahawa ekstrak pada kulit anggur merah mengandungi polifenol yang sangat bagus untuk mencegah tumbuhnya sel kanser di dalam tubuh.

Menyihatkan Jantung


Kandungan polifenol yang terdapat dalam buah anggur ini juga sangat sesuai mencegah penyakit kardiovaskular, melawan radikal bebas, dan mengawal endotel. Khasiat yang terdapat dalam buah anggur juga dipercayai mampu melindungi tubuh, khususnya jantung yang mengalami kerosakan akibat kolesterol degil atau LDL.

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Beberapa kajian yang pernah dilakukan oleh para pakar juga menemukan buah-buahan seperti anggur ini juga kaya akan flavonoid. Kandungan ini bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kandungan ini juga bermanfaat untuk mensatbilkan tekanan darah dalam tubuh dan peredaran darah.

Meningkatkan sistem pencernaan


Anggur yang juga mengandungi serat sangat baik untuk menjaga sekaligus meningkatkan sistem pencernaan agar lebih baik. Perlu diketahui bahawa kandungan serat dalam buah anggur ini tidak larut. Serat buah anggur akan tetap utuh saat bergerak melalui usus dan kandungan airnya menjadi komponen utama menjaga pencernaan tetap sihat.

Semoga tulisan tentant khasiat buah anggur merah di atas dapat memberikan manfaat yang besar kepada pembaca blog semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.