Header Ads

Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi, Rice Cooker


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi, Rice Cooker
Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi Biasa. Rupanya senang betul masak kari daging korban haritu guna rice cooker yang biasa tu je. Memang cepat dan daging lembutnya. Tak payah letak sudu besi dan sebagainya. Dia akan lembut sendiri. Tak caya? Cuba dulu.. mesti percaya nanti.

Ini bukan guna preassure cooker ya. Hanya periuk elektrik yang biasa. Lebih mudah, cepat dan daging lembut sekata.

Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi, Rice Cooker

Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi, Rice Cooker

Dipadankan dengan sambal belacan kaw dan timun. Mak mertua siapa yang lalu belakang memang tak nampak.. Hihi



Resepi Kari Daging Guna Periuk Nasi Biasa


Bahan-bahan:

1 kg daging
7 sudu makan rempah daging - kalau suka pekat, boleh lebihkan
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 sudu makan kerisik muda - kalau tak ada pun tak apa
2 inci halia - potong macam mancis
1 biji kentang - belah 6 bahagian
1 1/2 mangkuk air
Garam dan gula

Cara membuatnya;


1. Cuci bersih daging dan masukkan dalam periuk elektrik anda

2. Campur semua bahan di atas ke dalam periuk tadi dan masak 45 minit - 1 jam dalam periuk nasi elektrik anda. 

3. Sesekali boleh buka dan kacau kari daging anda

4. Masukkan kentang lepas 1/2 jam daging dimasak

5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka

6. Tutup elektrik bila daging dah empuk.


Saya masak daging korban pemberian kawan pada raya haji yang lepas, baru sekarang sempat masak. Memang sedap dan lembut je daging tu bila masak dengan periuk nasi elektrik. Lain kali boleh masak daging guna periuk nasi lagi. Hehe


Selamat mencuba. Semoga berjaya ya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.