Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tindakan Semasa Jerebu Jangan Ambil Mudah

Tindakan semasa jerebu - Semua aktiviti keramaian atau sukan outdoor (di luar bangunan) perlu ditangguhkan apabila Indeks PencemaranUdara (IPU) melebihi 100 seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan 2019. Ini adalah kerana aktiviti fizikal lasak akan meningkatkan risiko kesihatan akibat jerebu. Jika perlu diteruskan, ikuti saranan KKM ini. 

Inilah kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana dalam websitenya;  https://kpkesihatan.com/2019/09/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-september-2019-penganjuran-acara-atau-majlis-melibatkan-aktiviti-fizikal-semasa-jerebu/

Tindakan Semasa Jerebu Jangan Ambil Mudah


Tindakan Semasa Jerebu


✅ Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan

✅ Pakai penutup muka

✅ Bamyakkan minum air

✅ Apabila memandu gunakan penghawa dingin

✅ Basuh muka dan tangan dengan air bsrsih

✅ Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih

Berikutan keadaan jerebu yang masih melanda Malaysia dan penganjuran beberapa acara outdoor yang melibatkan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan beberapa perkara seperti berikut:

1. Semua aktiviti keramaian atau sukan outdoor(di luar bangunan) perlu ditangguhkan apabila Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100 seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan 2019. Ini adalah kerana aktiviti fizikal lasak akan meningkatkan risiko kesihatan akibat jerebu. Semasa aktiviti fizikal lasak, kadar pernafasan akan meningkat, menyebabkan jumlah udara yang disedut turut bertambah berbanding semasa rehat. Keadaan ini menyebabkan jumlah udara tercemar lebih banyak disedut masuk ke dalam sistem pernafasan.

2. Sekiranya acara berkenaan diteruskan oleh pihak penganjur, peserta disaran menggunakan penutup hidung dan mulut semasa aktiviti dijalankan. Walaubagaimanapun, penggunaannya tidak menjamin dapat mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Selain itu, ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesukaran untuk bernafas semasa aktiviti tersebut.

3. Orang ramai yang hadir untuk menonton acara tersebut dinasihatkan supaya memakai penutup hidung dan mulut serta memendekkan tempoh berada di luar bangunan. Memilih untuk tidak berada di luar adalah lebih baik. Elakkan daripada membawa kanak-kanak bagi menonton acara sukan tersebut.

4. Orang ramai disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/, dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

5  Bagi mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru, adalah disaran untuk datang ke klinik bagi pemeriksaan dan rawatan sewajarnya. Maklumat lanjut bagi langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh didapati di laman sesawang KKM http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 September 2019


Perokok, jerebu dan COPD 


Fenomena jerebu yang melanda hampir di seluruh negara meletakkan golongan perokok sebagai kumpulan berisiko tinggi sama seperti warga emas, kanak-kanak dan wanita mengandung.

Mengapa?

Jerebu boleh menyebabkan perokok mengalami Penyakit Penyumbatan Paru-paru kronik atau COPD.

Punca utama COPD adalah akibat penggunaan tembakau atau merokok. Justeru, perokok berisiko dua kali ganda mendapat COPD kerana berdepan dua faktor iaitu penggunaan tembakau dan jerebu.

Perokok yang mengalami masalah sesak nafas atau sakit dada, perlu hubungi talian kecemasan 999 atau segera ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital. Langkah pencegahan terbaik dan berkesan adalah berhenti merokok. Jadikan jerebu sebagai pencetus dan dorongan untuk anda berhenti merokok.

Perkhidmatan Berhenti Merokok KKM https://jomquit.moh.gov.my/

Semoga entri ini bermanfaat kepada pembaca semua. Biar bertindak daripada hanya tunggu dan lihat. Nanti menyesal tak berguna lagi.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close