Header Ads

Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan
Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan. Sebenarnya tayar kereta saya ni belum pun sampai 2 tahun. Mileage pun tak banyak, baru nak dekat 20km. Sebab kereta ni saya guna untuk pergi balik kerja atau sekolah anak. Paling jauh pun ke KL sesekali. Ramai yang kata tayar elok lagi, tapi En suami dan abang saya kata dah kena tukar. Biasa memang macam tu.. so, saya pun tukar lah. Kita tak pandai hal kereta, dengarlah je dari yang ada pengalaman.

Orang perempuan ni yang penting kereta boleh jalan dan ada minyak. Minyak dah sampai E, dia dah gelabah. Haha.. siapa macam saya? Betul tak?

Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan


Tengok cuci mata sport rim lawa-lawa.. tapi eden tak minat pasal sport rim. Asal boleh golekkan tayar sudah.. haha

Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan

My Black Knight, sedang menunggu tukar tayar. Sekarang pakai Continental, dia offer Michellin, tapi saya tetap nak Continental jugak. Kena tunggu 1/2 jam nak ambil kat HQ. Saya okay je.

Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan

2 biji tayar depan sekali dengan align and balancing, RM890. Okay la kut. Biasa waranti 3 tahun. Kita orang perempuan kalau dia orang cakap gitu, dengar je lah.  Sebab bukan bidang kita. Yang penting hormati pekerjaan orang lain.

Tukar Tayar Black Knight, Setelah Hampir 2 Tahun Dijalanan



Meh, layan dan cuci mata tengok sport rim lagi.. hehe


Dekat 1 jam juga menunggu gilran Black Knight ku selesai. Hmm.. bila dah tukar tayar, sedap sikit rasanya on the road. Smooth je..

Okay la, kisah santai tentang Black Knight saya. Selama ini banyak jasa BK kepada saya dan kami sekeluarga. Yang penting keberanian saya dengan Black Knight meningkat lagi, dah boleh jalan jauh sikit. Dah pandai parking la jugak.. haha

Selamat bersantai!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.