Header Ads

Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap
Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap. Siapa kat sini penggemar kuih tradisional seperti kuih dangai? Kuih ni memang legend dan mungkin ada ramai anak muda yang tak kenal kuih ini. Ada juga yang sebut sebagai kuih rangin. Ada banyak acuan atau bentuk kuih dangai. Ada yang berbentuk empat segi, ada yang bulat dan ada juga berbentuk lonjong, boleh rujuk gambar di bawah.


Balik kerja tadi singgah pasar malam di taman perumahan sebelah. Niat awal cuma nak cari apam balik dan pop corn. Tetapi ternampak pula gerai yang jual kuih tradisional. Apalagi? Beli apa yang patut. Kuih akok kedut pun ada.. haha, memang legend la gerai ni..

Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap


Pernah makan kuih dangai yang sedap? Ada juga yang sebut kuih rangin. Mana yang mudah disebut, gunalah suka hati anda. Memang ada sesetengah negeri atau tempat yang menyebut nama sesuatu kuih itu agak berbeza sedikit.

Resepinya ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Resepi Kuih Dangai Paling Simple

Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap

Kuih Dangai Atau Rangin Yang Sedap

Kuih dangai yang saya beli dari pasar malam dalam taman bersebelahan. Walau saiz pasar malamnya agak kecil, tetapi yang pelik segala makanan yang moden atau tradisional ada dijual di sini.


Rasanya manis di tengah, ada masin sikit pada kelapa parut yang disebatikan dan amat lembut bila dikunyah. Haahha.. sedap sangat wei! Tak sia-sia saya meredah gerimis tadi.

Tak jemu bila memakannya hingga sekali hadap kami habis kan enam keping kuih dangai ni. Harganya pun murah je, boleh makan puas-puas lain kali.

So, jika anda peminat kuih tradisi, apa salahnya sesekali kunjungi bazar atau pasar malam untuk merasai keunikan rasa kuih muih tradisional yang semakin lapuk sekarang ni.

Santai santai je..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.