Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya

Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya. Untuk rujukan bersama, saya kongsikan cara-cara solat jamak dan qasar agar bertambah kefahaman kita dan bukan sekadar buat kerana ikut apa orang lain buat. Okay?👌 Kalau kurang faham, kita bertanya kepada yang arif.

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni? Jom check balik... Hari ini saya nak share cara solat jamak untuk memudahkan perjalanan kita. Sebelum itu, solat Jamak & Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. 

Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya


Ok, Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. 

Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim & Jamak Takhir. 

Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama. Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. 

Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni? 

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak. 

SUMBER : FB Ustaz Abdullah Khairi

Niat dan cara jamak takhir


Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya

Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya

Niat dan cara jamak takdim


Solat Jamak & Qasar Dan Cara-Caranya


Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya kepada diri sendiri dan kepada pembaca blog ini. Yang kurang faham kita bertanya dan yang dah tahu, buat dengan sempurna. Okay 😊👌 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close