Header Ads

Cara Buat Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Buat Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap

Cara Buat Kek Milo Kukus. Kali ni edisi sukatan cawan. Kek milo memang jadi kegemaran anak bujang kecil saya, asal nampak dalam buku resepi, cepat-cepat suruh saya memasaknya. Nasib baik bahan-bahan yang diperlukan semuanya ada kat rumah ni.

Kek milo adalah kek yang menyihatkan. Pasti anak-anak suka dengan kek milo kukus yang saya kongsikan di bawah nanti. Oh ya, warna kek milo kukus kita nanti memang coklat cair sebab tidak guna campuran koko.

Resepi berkaitan ❤ .. Resepi Kek Milo Kukus 


Kek milo kukus yang menggunakan sukatan cawan memudahkan urusan kita yang dah biasa masak dengan cara tradisi. Boleh juga guna sukatan gram, tetapi anda kena ada penimbang untuk kuih muih.

Cara Buat Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan
Kek milo kukus sukatan cawan, sumber Google

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap

(Sumber: Facebook)

Bahan-bahan:-

1 cawan milo*
1 cawan gula*
1 cawan susu pekat manis*
1 cawan minyak masak*
1 cawan air panas*
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh sodabikabonat
3 biji telur - dipukul kembang

Cara-cara menyediakan kek milo kukus sukatan cawan


1. Masak bahan bertanda * hingga larut. Ketepikan.

2. Masukkan telur kacau sebati.

3. Masukkan bahan kering yàng diayak terlebih dahulu kacau sebati dan kukus hingga masak.

4. Siap untuk dihidangkan


Jika anda nak hias dengan coklat masakan dan coklat rice di atas kek milo kukus tu pun boleh. Kek anda nampak lebih sedap dan budak-budak pasti suka, terutama untuk sambutan harijadi.

Kek milo kukus sukatan cawan ni sangat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan pula sentiasa ada di rumah. Boleh juga dibuat untuk sarapan dan minum petang.

Selamat mencuba ya..

Cari resepi KEK?? Cuba tengok di bawah..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.