Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Keputusan UPSR 2019 SMS Dan Secara Online


Semakan Keputusan UPSR 2019 SMS Dan Secara Online. Tentu ramai yang sedang menunggu penuh debaran Keputusan UPSR 2019 terutamanya ibu bapa pelajar itu sendiri. Kini keputusan UPSR 2019 boleh disemak secara SMS Dan Online. Tak sabar rasanya nak tahu result budak-budak kecil ni termasuklah anak sedara saya dan anak rakan-rakan sekerja.

Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak-anak kita. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan. (Rujuk contohnya di bawah...)

Semakan Keputusan UPSR 2019 SMS Dan Online 


Semakan Keputusan UPSR 2019 SMS Dan Secara Online

Tarikh keputusan UPSR diumumkan - 21 November 2019 (sebarang kemaskini akan dimaklumkan kemudian).


Contoh semakan UPSR dari SAPS,


1. Pergi ke laman web SAPS,
2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan


Contoh Semakan Online


Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

1. Klik SPPAT
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan

 
Contoh Cara SEMAK KEPUTUSAN UPSR SECARA SMS 

1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
2. Contoh: UPSR JB0371037 hantar ke 15888



Nota

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes UPSR 2019 boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di pautan UPSR 2019 - akan dikemaskini

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close