Header Ads

Dinner Di Kawd Johor Meraikan Kejayaan Anakanda Dalam UPSR 2019


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Di Kawd Johor Meraikan Kejayaan Anakanda Dalam UPSR 2019
Dinner Di Kawd Johor Meraikan Kejayaan Anakanda Dalam UPSR 2019. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala kurniaan kepada kami sekeluarga, kurniaan rezeki yang tidak terjangka dan di saat kami memerlukan. Begitulah.. Perjalanan qada' dan qadar Allah yang telah di atur. Tahniah juga kepada anakanda kami yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Persekolahan Sekolah Rendah, UPSR yang diumumkan hari ini 21/11/2019. Semoga perjalanan penuh kejayaan akan terus mengiringimu duhai cahaya mataku.

Dinner Di Kawd Johor Meraikan Kejayaan Anakanda Dalam UPSR 2019


Kali ni makan western style di Kawd Johor yang tak jauh dari rumah pun... Haha, sebab takut jem bila pergi makan ke tengah bandar, so kita pilih restoran yang dekat dengan rumah je. Yang penting si kecil ku ni dapat makanan western kegemarannya. 

Dinner Di Kawd Johor Meraikan Kejayaan Anakanda Dalam UPSR 2019


Maka, sebagai sesi penghargaan atas usaha dan penat lelahnya.. Kami hadiahi dengan makan malam yang agak istimewa iaitu makanan western kegemarannya. Apa lagi kalau bukan Chicken Grilled. Senyum lebar dia bila hidangan kesukaan sampai di meja makan. Jom layan gambar makanannya. Orangnya tak suka digambar.. Nak buat macam mana kan?



CHICKEN GRILL BBQ - my son tak berapa suka. Tak habis pulak makannya. Dia kata nak yang biasa, harga RM7.00 punya yang selalu dia makan kat warung.. hehe. Memang tekak village dia ni, humble.. nak makan yang murah- murah je walau ayahnya nak belanja yang "mahal" sikit..




Ais blended double chocolate. Haha.. kurang kaw la, kurang sejuk. Tapi yang penting habis jugak. Sebab tak nak membazir. Harga air pun boleh tahan mahal.

Untuk 3 orang makan dengan tambahan tomyam Goong seafood, kita orang berbelanja dekat RM170.

So, kalau nak makan-makan dengan family kat sini.. kena sediakan poket yang penuh la yea.. hihi

Walau apapun, sesekali belanjalah family anda makan lain dari biasa, mungkin mereka teringin tetapi malu nak cakap. Anggaplah apa yang anda keluarkan kepada family dan anak-anak sebagai suatu sedekah.

Selamat bersantai.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.