
So, tak payahlah beriya-iya dengki dan dendam dengan kebahagiaan, kejayaan, orang lain di sekitar kita. Mengapa tidak kita doakan agar kita semua sentiasa berlapang dada dan hadapi perkara mendatang dengan harapan yang positif. Okay👌
Usah Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain
Usah dicemburui kebahagiaan orang lain. Kerana kita tidak tahu di sebalik tabir hidupnya apa yang telah Allah ambil darinya. Mungkin Allah telah ambil pasangannya, maka Dia gantikan dengan kejayaan perniagaannya.
Di sebalik senyum tawanya mungkin dia dah pernah puas menangis. Telah lelah di hina caci. Maka kini dia mampu tersenyum lantaran Allah telah gantikan dengan secebis ketenangan dengan dikurniakan sahabat yang baik dan positif.
Usah dengki dengan kekayaan orang lain. Disebaliknya dahulu, mungkin dia pernah gagal berkali kali dalam perniagaan atau pernah dikhianati. Ketahuilah di sebalik setiap kebahagiaan dan kejayaan seseorang, ada cerita duka yang pernah dilalui.
Dan, setiap jatuh bangun seseorang yang cuba disembunyikan.. ada hati yang rapuh diselubungi jiwa yang kuat. Begitulah, usah dicemburui. Setiap orang ada relung jalan hidupnya yang bakal dilalui.
Semoga kita semua terus berjuang untuk hidup!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.