Header Ads

Menang Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Menang Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com
Menang Giveaway HasrulHassan.Com Dengan Free Template. Alhamdulillah. Terima berita kemenangan Giveaway oleh blogger Hasrul Hassan. Menang tempat ke 2, syukur. Pulak tu pada hari kelahiran. Memang betul-betul hadiah yang tidak dijangka. Jadi lah hadiah penutup dalam tahun 2019. Sebagai bukti bahawa saya masih aktif dan setia dengan blog aynorablogs.com.


Sebenarnya join segmen, contest dan Giveaway sesekali dalam setahun amat bagus kepada blogger. Tak kisah lah blogger lama atau baru. Sebab apa? Sebab ia dapat menguji skil berblog anda, dan juga adakah anda masih releven bersaing dengan beribu atau ratus ribu blog yang muncul.

Menang Giveaway HasrulHassan.Com Dengan Free Template


Kepada yang tak menang, kita cuba lagi lain masa ya. Jangan putus asa. 

Apa hadiah yang saya dapat tu ya sebagai pemenang tempat ke 2 Giveaway Akhir Tahun Hasrul Hassan.Com?

Menang Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com

Saya telah menerima hadiah wang tunai RM50 dan template blogger premium percuma bernilai RM50 juga. Terima kasih sekali lagi kepada bro HH. Pemenang di tentukan dengan random.org. so, tak mau jeles, okay..

Kalau nak dicerita.. lama saya dah membesar dalam dunia blog dengan bro HH. Banyak juga segmen dan GA dia yang saya dah sertai. Ada yang menang ada juga yang kalah. Itulah adat pertandingan, kan..

Pernah sama-sama bersaing dalam contest SEO. Dia banyak kali menang. Saya pernah juga beberapa kali menang.. haha

Apa yang bestnya blog HasrulHassan.com?? Banyak sangat yang best tentang blog beliau. Antaranya corak penulisan yang begitu baik sepertimana standard penulisan suratkhabar terkenal. Tak guna bahasa rojak sesuka hati. So, dalam tulisan yang santai tetapi ada standard.

Kalau nak berjaya jadi blogger bermanfaat, boleh rujuk blog HasrulHassan.com.

So, tahniah kepada yang berjaya dan manfaatkan hadiah dimenangi untuk hasilkan blog yang baik.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.