Cuaca mendung tak selamanya menggelapkan duniamu. Bersabarlah, bertenanglah.. hela nafasmu perlahan-lahan. Pandanglah ke depan. Sapu air matamu. Kamu yang kuat, tak layak untuk terus berduka.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang membelenggu jiwa memang menyakitkan. Selalu bersangka sangka dengan orang lain juga amat memenatkan. Emosi jadi tak stabil.. jatuh tersungkur itu biasa, maka bangkitlah dengan cinta.
Jatuh Tersungkur Itu Biasa, Bangkitlah Dengan Cinta
Jom baca nukilan motivasi dan inspirasi dari ustazah Asma' Harun. Begitu indah sekali untuk dijadikan azimat diri.

Ingat tu, jangan biarkan dirimu terbelenggu dalam kesedihan dan kegagalan terlalu lama. Cepatlah bertindak perbaiki diri. Kerana airmata yang kamu keluarkan sudah cukup menjadikan kamu lebih kuat dari semalam.

Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu yang luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah.
Sentiasa ingat.. Allah selalu ada!
Sentiasa ingat.. Allah selalu ada!
1 Ulasan
terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat. boleh terus buat :D
BalasPadamBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.