Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Ubi Keledek Ungu Untuk Kesihatan

Khasiat Ubi Keledek Ungu Untuk Kesihatan. Buah-buahan tempatan atau bukan, pasti ada je khasiatnya untuk kesihatan. Kalau buah tempatan senang nak cari dan harganya taklah mahal melampau berbanding buah-buahan import. Tetapi setiap buah ada khaisat untuk kesihatan, dan bagaimana cara pengambilannya pun memainkan peranan. Walau namanya buah, dikatakan banyak serat dan khasiat tetapi jumlah pengambilan pun kena berpada-pada.

Khasiat buah dalam entri kali ni saya nak share info tentang buah ubi keledek ungu. Buah keledek banyak khasiatnya tau, tak kisah warna oren atau ungu. Tapi saya prefer warna oren, isinya lebih lembut dan manis. Kalau beli kwledek goreng yang oren lebih sedap berbanding keledek ungu dan putih.

Khasiat Ubi Keledek Ungu Untuk Kesihatan


Keledek ungu ni sedap je bila direbus, di buat kerepek atau di goreng macam goreng pisang tu. Biasa saya nampak orang buat kerepek je ubi keledek ungu ni, tapi sejak kebelakangan ni ramai pula yang rebus dengan garam dan makan macam tu je..

Khasiat ubi keledek ungu

Keledek putih mempunyai sebatian kimia yang berguna tetapi keledek ungu yang kaya beta karotena mempunyai konsentrasi sebatian antiradang dan antioksidan yang lebih tinggi.

Menerusi penemuan ini, pengkaji menjadikan keledek ungu sebagai model untuk mengkaji manfaat kentang lain kepada kesihatan pada masa depan.

Ubi keledek ungu banyak khasiatnya. Jom baca apakah khasiatnya untuk kesihatan..

1. Kurangkan sel kanser..
Kandungan zat dalam ubi ungu ni 20 kali lebih tinggi dari ubi yang lain. Sangat bermanfaat sebagai anti kanser..

2. Kurangkan kencing manis..
Ubi keledek ungu mampu untuk stabilkan gula dalam darah dan resistensi insulin yang lebih rendah. Protein dalam ubi keledek ungu dapat mengatur kadar gula dan darah.

3. Kuatkan daya ingatan..
Keledek ungu dapat menguatkan daya ingatan dengan baik.

4. Rawat hati / stroke / jantung.
Magnesium dalam keledek ungu diperlukan untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, stroke, otot dan juga fungsi saraf.

5. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran dar4h dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

Itu antara khasiat buah keledek ungu kepada kesihatan kita. Kalau malas nak masak atau buat kuih, rebus je keledek ungu tersebut hingga empuk. Kemudian makan macam gitu je, lebih menyihatkan.

Semoga bermanfaat.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close