Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Dengan Buncis

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Dengan Buncis. Ayam goreng kunyit memang sedap, hiris kecil-kecil kemudian goreng dengan kentang atau kacang buncis. Makan dengan nasi panas. Memang best!!

Nak masak apa pun boleh asalkan ada minat dan semangat untuk mencuba. Skill memasak boleh dimiliki oleh sesiapa saja dengan syarat tak patah semangat pada kegagalan resepi kali pertama yang tidak berjaya.

Orang kata, cuba sehingga berjaya!!


Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Dengan Buncis


Mehlah kita tengok resepinya yang amat mudah dan simple.

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Dengan Buncis

Bahan-bahan;

1/2 ekor ayam - potong dadu atau kecil
1 bungkus kacang buncis - hiris serong
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan serbuk kunyit
5 tangkai cili padi - hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak ayam goreng kunyit dengan buncis


1. Ayam digaul dengan kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.



2. Tumis semua bahan yang dihiris seperti bawang, bawang putih, cili padi semua sehingga naik bau dan garing.

3. Masukkan pula kacang buncis.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata semua bahan.

5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

6. Hidangan ayam goreng kunyit dan buncis siap untuk dimakan. 😅😅

Ha! Mudah dan simple kan resepi yang saya kongsikan di atas. Semoga anda semua boleh mencubanya ya..

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

  1. kak selalu makan kacang buncis dulu sampai habis. lepas tu baru makan ayam. haha

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.