Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Semakan Keputusan SPM Tahun 2019 Secara Online Dan SMS


Semakan keputusan SPM tahun 2019 bagi pelajar yang sedang menunggu keputusannya, boleh mula dibuat di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, bermula 5 Mac 2020. Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Pelajar boleh hadir ke sekolah masing-masing dengan berpakaian sekolah atau berpakaian kemas (bergantung kepada sekolah masing-masing. Contohnya pelajar MRSM hadir ke sekolah berpakaian biasa tetapi kemas).

Semakan Keputusan SPM Tahun 2019 Secara Online Dan SMS

Untuk semakan online, calon boleh melayari website;

http://sppat.moe.gov.my/semakan/  atau Klik pada gambar di bawah.


PERHATIAN:

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Semakan Keputusan SPM Tahun 2019 Secara Online Dan SMS


Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip, SPM jarak<Nombor K/P>jarak<Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.

Contohnya :SPM 950101046292 JB0001A044 dan hantar ke 15888. Setiap semak SPM 2019 akan dicaj RM 0.35 sahaja

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 5 Mac 2020 hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Nota: 
SEMAKAN ONLINE sudah diaktifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.- akan dikemaskini

Selamat berjaya adik-adik semua!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments