Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Jangan Melihat Semua Perkara Dengan Terlalu Peribadi

Jangan Melihat Semua Perkara Dengan Terlalu Peribadi. Ada benda yang kita kena layan secara lalu saja demi kesihatan mental dan fizikal sendiri. Ada ketika kita kena melihat sesuatu perkara dari sudut pandang sisi seorang lelaki dan begitulah sebaliknya. Kerana apa begitu? Supaya kita boleh belajar menjadi kental dan hati kering dalam sesetengah situasi.

Berfikiran luas dan menapis apa yang kita nak terima bukan menjadikan kita angkuh, sebaliknya itulah jalan paling tepat bagi menghindari hati rasa sakit dan dendam mula memenuhi minda. Kita cuba dan jangan lelah memilih apa yang diri kita boleh terima je.. 😍😍

Jangan Melihat Semua Perkara Dengan Terlalu Peribadi
Info Yang Anda Cari:

Jangan Melihat Semua Perkara Terlalu Peribadi


Mengapa kita kena berfikir lapang dan luas apabila melihat sesuatu perkara atau tindakan dari orang sekitar kita? 

Jawapannya adalah demi kesihatan mental kita sendiri. Bila kita melihat sesuatu perkara secara logik dan dari sudut yang luas.. insha Allah hidup kita berjalan lancar dan tiada skeptikal kepada orang lain.

Cara dan panduan melihat sesuatu dengan positif 


1. Tindakan orang mencerminkan mereka, BUKAN kamu

2. Penolakan bukan menandakan kekuranganmu

3. Tidak semua orang akan menyukaimu, dan itu tidak apa-apa

4. Berhati-hati terhadap negativiti, jangan serap ke dalam dirimu

5. Kritikan datang dari ketidakamanan @ rasa tidak tenteram mereka sendiri

6. Jaga ketenanganmu, lepaskan hal-hal yang tidak perlu

7. Apa yang orang lain fikirkan, bukanlah masalahmu

8. Jangan ambil kata-kata atau mood seseorang secara peribadi

9. Diam tidak selalu bererti setuju atau ada yang salah.

Okay korang, dapat tak apa yang saya cuba sampaikan. Tidak semua perkara buruk yang orang tonjolkan adalah buruk juga kita melihatnya. Gunakan fikiran yang wajar dan secara meluas apabila melihat tindakan, perlakuan dan perkataan yang orang lain gunakan. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments