Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna at Tawwaab

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa at Tawwaab| At-Tawwaab: Maha Penerima Taubat / Maha Menerima Taubat / Penerima Ketaubatan – iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna at Tawwaab ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Gambar Asmaul husna 99 nama Allah

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | At Tawwaab


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Tawwaab = 10 kali


Ertinya : 

At Tawwaab! - Maha Penerima Taubat / Maha Menerima Taubat / Penerima Ketaubatan – iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

◾ Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

◾ Ucapkan ‘Ya Tawwaab’ sebanyak 10 kali di hadapan penzalim, ini akan menyelamatkannya daripada kezaliman.

◾ Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Tawwaab’ ini sebanyak 360 kali setiap hari selepas menunaikan solat Dhuha, InsyaAllah akan diberikan taufik untuk ikhlas bertaubat.

◾ Sesiapa yang beristiqamah berzikir sebanyak-sebanyaknya dengan ‘Ya Tawwaab’, InsyaAllah segala kerja akan dapat diselesaikan dengan mudah.


Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close