Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging. Horeyy! Sebelum pergi kerja sempat juga siapkan breakfast untuk family dan hero tersayang. Ada 3 hero di rumah ni, maka ada 3 set lauk untuk nasi lemak homemade ku ini. Lauk yang tersedia adalah ayam goreng segera untuk si kecil, daging dendeng untuk bujang sulung dan telur mata untuk En suami. Untuk saya pula, semua tu saya ada share.. hehe

Gambar Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

Gambar Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

Dendeng Daging sedap dan terbaik. Beli dalam jumlah tu harganya RM25.00. Lebih kurang bekas taufufa yang kecil tu. Memang sedap. Rasa dia semua ngam...

Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

Gandingan mantap, nasi lemak homemade by me dan sambal tumis ikan bilis bawang dengan daging dendeng.


Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging




Nasi lemak homemade berlauk. Untuk family tersayang. Sempat juga makan sarapan kat rumah. Alhamdulillah kenyang.

Ayam goreng segera di goreng oleh hero sulung. Telur mata pun dia yang prepare. Senang je, cakap nak buat apa.. segera dia bertindak. Bahagian saya masak nasi lemak, dan sambal tumis ikan bilis dan bawang.

Mula memasak lepas subuh dalam pukul 6.00 pagi, siap memasak pula lebih kurang 7.15 pagi. Begitulah rutin seorang ibu yang bekerja. Mana sempat kita buat, buat sebaik mungkin.

Semoga urusan anda sekeluarga dipermudahkan. Dapat makan sarapan bersama family tersayang.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments