Lifestyle Resepi Info Terbaik

Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas

Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas. Lengkuas ni macam adik beradik halia dan kunyit jugak tapi amat jarang digunakan dalam setiap masakan tradisional sepertimana pentingnya kunyit dan halia. Ada antara kita pun tak kenal lengkuas, macam saya la dulu. Bila nak beli lengkuas tanya pada tauke kedai dulu. Bila dah sah dan soheh, baru berani pilih dan beli.


Manfaat atau Khasiat Lengkuas


Macam mana rupa lengkuas tu ya? Beginilah bentuk dan rupanya, sila lihat gambar di bawah.

Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas

Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas


Lengkuas ni isi dia keras sikit berbanding kunyit dan halia. Kadang-kadang lebih keras dari batang kayu.. hehe. Dan tiada bau sangat.

Tetapi ia banyak manfaatnya. Nak lebih banyak lagi manfaat lengkuas boleh semak di sini.

◾ Menghilangkan bau busuk pada badan

Di India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.

◾ Menjaga kesihatan perut

Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang terganggu), muntah-muntah, dan perut yang mengembung.

◾ Merawat arthritis, ulser dan radang perut

Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki, merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.

◾ Anti oksida

Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.

◾ Mencantikkan kulit dan anti penuaan

Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit. Ia mengandungi 40 jenis antioksidan yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan kulit.

Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas


Berbalik kepada lengkuas, ada masakan yang dimasak lebih sedap bila dicampur dengan lengkuas. Di bawah ini adalah senarai masakan yang jadi lebih sedap bila dicampur dengan lengkuas.

1. Tomyam Gong

2. Sayur lodeh

3. Sambal kacang / kuah kacang

4. Sambal tempe goreng

5. Ayam goreng berempah

6. Sate ayam

7. Masak lemak nangka/ gulai nangka

8. Rendang daging @ ayam

9. Kuah laksa Johor

10. Kebanyakan lauk pauk nasi padang ada letak lengkuas dalam masakannya.

Itulah antara masakan yang akan jadi lebih sedap bila dicampur dengan lengkuas. Masakan akan jadi rasa lebih lemak dan wangi. Memang rasa lain lah. Kemudian lengkuas bukan kena letak banyak-banyak macam kunyit atau halia. Letak sikit je.

Semoga bermanfaat.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Biasanya kalau merendang kenalah cari lengkuas

    BalasPadam
  2. memang betul letak lengkuas lebih sedap...

    BalasPadam

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Random Posts

close