Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

Makan malam yang ringkas, tapi semua perut kenyang. Lauk apa tu? Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur. Lepas makan semua bersandar. Masak simple macam ni my family memang suka. Saya pulak dah bosan asyik makan lauk ayam je, so hari ni kita masak ikan pulak.

Anak-anak suka ayam, samada goreng atau dimasak secara berkuah seperti ayam masak kari, gulai, lemak cili api, ayam masak kicap dan banyak lagi. Tapi tak boleh diikutkan sangat. Kini, dia orang kena ikut citarasa ketua keluarga pulak ya..


Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur


Dinner malam ni kita orang masak buncis goreng telur dengan ikan selar masak kicap. Ikan selar tu yang tolong goreng anak bujang ku, begitu teliti dia goreng. Tak macam saya, agak kasar bila buat kerja-kerja dapur. Terima kasih putera hati, lain kali tolong lagi.

Jom layan gambar lauk makan malam kita orang..

Gambar Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

Gambar sayur kacang buncis goreng telur. Sedap dan rangup. Kalau tak habis, boleh dimakan dengan roti. Macam sandwich gitu..


Ikan selar masak kicap. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili hidup atau cili padi, kayu manis. Bila dah naik bau, masukkan kicap lemak manis. Hmm.. menyengat bau harum dia.. last sekali masukkan ikan yang telah digoreng.


Gabungan lauk dan sayur yang simple tetapi sedap. Mudah membuka selera. Makan bertambah-tambah lagi..

Semoga anda semua ceria menikmati makan malam anda dengan lauk pauk simple tetapi mengenyangkan. Betul tak?

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close