Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

VIDEO Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia

VIDEO Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia. Sama-sama kita tonton video di bawah, tentang kenapa tak bahagia. Di mana bahagia itu? Mana nak gali yang namanya bahagia. Hidup tak tenang. Duit banyak dapat cepat je habisnya. Tak tahu ke mana duit itu dibelanjakan. Sayang kan... kita kerja penat sebab nak bahagia. Tapi, tak tahu di mana silapnya, hasil keringat tak nampak bekasnya. Umpama kais pagi makan pagi. Maka.. sama-sama kita tonton video dari Ustaz Ebit Lew mengenai bahagia dan ketenangan.


Di bawah ini adalah link video Ustaz Ebit Lew bercerita tentang hidup yang tak bahagia. Apa sebabnya? Sama-samalah kita ambil pengajaran darinya.

Gambar VIDEO Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia

VIDEO Renungan Dari Ustaz Ebit Lew Kenapa Tak Bahagia


Jom sama-sama kita renungkan. Kenapa tak bahagia? Kenapa dalam hati sentiasa resah gelisah?


https://youtu.be/JVx1vmX6TQ4


Kenapa tak bahagia? Cuba renung balik, apakah apa yang kita dapat itu berkat dan dari jalan yang betul? Fikir balik dan renungkan kembali.

Apa yang kita tak puas hati dengan diri sendiri dan orang sekeliling kita? Kenapa resah gelisah melihat kelebihan dan kejayaan orang lain?

Maka, cubalah cari kebahagiaan melalui pemberi dan pencipta kebahagiaan itu iaitu Allah Azzawajalla. Caranya? Bersujud dan tahajjud di sepertiga malam. Di saat kamu mengadu segala keresahan mu padaNya. Itulah tanda bahagia yang kamu tak sedari.

Punca orang tak bahagia adalah kerana sentiasa rasa tak cukup dan tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Dapat banyak atau sikit bersyukurlah. Kerana, mungkin sedikit yang kita dapat itu orang lain langsung tak dapat. Bukankah itu harus disyukuri.

Kita dengki melihat orang lebih dari kita tetapi terfikirkah kita kesakitan dan kesengsaraan yang terpaksa dia lalui sebelum mendapat apa yang dia kecapi hari ini.

Rasa tak bahagia kerana kita terfikir kena ikut cara orang lain yang bahagia. Orang tunjuk bahagia mungkin dengan kebendaan, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Kita jadikan itu sebagai satu lambang kebahagiaan.

Sedangkan orang lain tunjukkan kebahagiaan melalui hubungan kemanusiaan dan kasih sayang. Cara menunjukkan kasih sayang kita adalah dengan DOA. Doa untuk pasangan, ibu bapa, anak-anak, kawan-kawan.. saling mendoakan. Barulah hidup aman harmoni.

Makna kebahagiaan bagi seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Usah ukur baju di badan orang lain, ukurlah baju di badan sendiri. Kelak kita akan merasai bahagia dengan cara kita.

Bahagia sebenar adalah sebuah ketenangan untuk melakukan apa yang kita sukai pada bila-bila masa tanpa halangan. Tenang itu lah yang mahal untuk digantikan dengan wang ringgit dan masa.

Jalani kehidupan mu dengan "kekayaan" yang disaluti ketenangan. Insya Allah, kebahagiaan itu ada dalam dirimu.

Semoga kamu semua beroleh ketenangan yang hakiki.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close