Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pesakit Disleksia, Bagaimana Masa Depan Mereka?

Pesakit disleksia. Siapakah mereka? Apakah mereka juga sama dengan pesakit lain di Malaysia yang dilayan seperti orang yang tidak normal? Mengapa seseorang dihinggapi penyakit ini? Banyak persoalan yang bermain di fikiran ini setelah menerima perkhabaran bahawa anak rakan baik saya sendiri menghidap disleksia. Hmm.. Jangan panik kekawan, disleksia ni macam biasa je, pesakit nampak normal. Pergaulan dengan rakan sebaya pun okay. Cuma mereka ada sedikit masalah dalam pertuturan, membaca, dan juga membezakan sesuatu situasi. Nanti penerangan lanjut ada di bawah ya.

Apa itu disleksia?

Pesakit disleksia nampak normal macam anak-anak yang lain, tetapi bila anda dah biasa dengan ragam mereka berbanding rakan sebaya yang lain, anda pasti dapat mengesannya. Jika budak lain hyper, hyper budak disleksia akan jadi lebih dari itu. Macam mana tu? Maksudnya hyperactive dia berganda.

Apa itu Disleksia? 


1. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
2. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
3. Mempunyai keupayaan intelek yang normal
4. Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
5. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran:
✔ Membaca
✔ Menulis
✔ Memahami
✔ Mengeja
✔ Mengira 

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia 

Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.


Jika anak-anak anda ada tanda-tanda seperti di atas, sila bawa berjumpa dengan doktor pakar yang berkaitan. Pesakit disleksia boleh di rawat dan ada ramai orang ternama dunia dulunya adalah pesakit disleksia.

Ciri-ciri Anak Disleksia


Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumnya, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah

a) mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal. 
b) Mereka pandai dalam bidang seni. 
c) Semasa membaca, mereka perlu menggunakan jari untuk membaca dan juga untuk mengira. 
d) Kanak-kanak disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka lemah dalam pelajaran kerana sukar untuk dikuasai. 
e) Jika mereka gagal disekolah, mereka akan sangat kecewa. 
f) Selain itu, mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama benda-benda. 
g) Mereka juga sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu (moody) tanpa sebab-sebab tertentu.

Menurut Sariah Amirin, dalam penyelidikannya.. Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan. Mereka berbakat kreatif atau seni, walaupun mereka lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Menurut Sariah Amirin (2000) lagi, cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu “anugerah” dan bukannya satu masalah.


Masa Depan Anak Disleksia


Jangan risau jika anak anda salah seorang penghidap dialeksia. Ia bukan penyakit berjangkit. Ia bukan OKU. Sebab, penghidap disleksia hanya memiliki sedikit kekurangan yang bila diajar dan ditunjuk cara yang betul, ia menjadi satu anugerah pula. Okay.. salah satu contoh tokoh terkenal penghidap disleksia adalah Alexander Graham Bell. Tokoh ini ada masalah disleksia dan pada ketika berusia 12 tahun, beliau mencipta bunyi akustik.

George Washington, presiden Amerika Syarikat yang pertama pun ada masalah mengeja pada zaman kecilnya.

Jadi, jika anak anda adalah salah seorang penghidap disleksia, usah sisihkan dia. Bagi beliau peluang belajar bidang yang diminati biarpun agak lambat tetapi pasti satu masa nanti ada sinar kejayaan menanti.

Rujukan:

1. Myhealth.gov.my


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. pelajar saya byk ade penyakit ni..kesemuanya dari ibubapa yg lambat mgesan..blh biar anak lembam smpai umur 9 tahun huhuu..susah hati tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang ibu bapa dan kita semua kurang pendedahan tentang semua ini..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close