Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga

Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga. Pokok-pokok indoor ni adalah sejenis pokok yang tak perlukan banyak air dan direct cahaya matahari. Kalau korang tak tahu mana satu jenis pokok indoor, mudah saja isyaratnya. Pergi nursery dan lihat pokok-pokok yang di letakkan di bawah tempat berbumbung. Itu lah pokok-pokok yang boleh di tanam indoor - di dalam kawasan parking atau tempat berbumbung.

Saya ada banyak pokok indoor terutamanya dari jenis kaktus. Kan senang nak dijaga. Kaktus tak perlu banyak air pun, sebab dia boleh survive dengan pokok kaktus itu sendiri. 

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga

Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga


Ficus elastica ‘Burgundy' Rubber Fig / Rubber Plant Pokok Getah Hiasan adalah antara pokok indoor yang mudah dijaga. (Gambar bawah). 

Pokok Getah Hiasan ialah tumbuhan hiasan dengan daun berkilat berwarna merah gelap. Ia mudah dijaga dan mampu membersihkan udara di sekeliling anda.

Sesuai diletakkan di ruang tamu, pejabat atau balkoni separa teduh untuk suasana semula jadi dan moden. 

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga

Ciri-Ciri Pokok Indoor


Pokok indoor atau tanaman hiasan dalaman mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia hidup subur dalam persekitaran rumah, berbeza dengan pokok luar rumah.

Berikut adalah ciri-ciri utama pokok indoor:

1. Tahan Lasak dan Mudah Dijaga: Kebanyakan pokok indoor tidak memerlukan perhatian rapi dan mampu bertahan dalam keadaan dalam rumah.

2. Kurang Memerlukan Cahaya Matahari Langsung: Pokok indoor kebiasaannya tumbuh subur di bawah kanopi hutan, menjadikannya sesuai dengan cahaya matahari tidak langsung atau cahaya malap.

3. Keperluan Air yang Rendah:
Pokok-pokok ini tidak memerlukan penyiraman yang kerap, sesuai dengan persekitaran dalaman yang kurang kering.

4. Mampu Hidup dalam Suhu Bilik: Pokok indoor dapat menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran di dalam rumah, sama ada di ruang tamu atau bilik tidur.

5. Berdaun Menarik: Sering mempunyai daun yang unik dari segi warna, tekstur, dan bentuk untuk menambah nilai estetika dalam kediaman.

6. Membantu Membersihkan Udara: Beberapa jenis pokok indoor seperti Peace Lily dapat membantu meningkatkan kualiti udara dalaman, walaupun kajian NASA mengenai keupayaannya sering disalah faham

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga

Jenis Pokok Sesuai Di Letak Dalam Indoor


1. Pokok kaktus
2. Money plant
3. Spider plant
4. Lidah Jin
5. Monsterra
6. Pokok getah hiasan (Ficus Elastica Burgundy)

Jenis & Ciri-Ciri Pokok Indoor Yang Mudah Dijaga


Kebiasaan pokok indoor adalah berdaun lebar/ besar/ unik. Tidak disiram seminggu pun tak mengapa. Lagi satu, tumbuhan indoor kebanyakannya tidak berbunga.

Ciri-Ciri tanamkan indoor ini amat sesuai dengan saya yang agak kasar, jarang menyiram pokok dan suka tanam pokok tiada bunga, kerana memang saya tak berapa suka bunga. Hehe..

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments