Resepi Daging Masak Rempah

Advertisement

Resepi Daging Masak Rempah. Jarang betul saya masak daging kat rumah. Kalau tekak rasa nak makan daging, saya akan beli atau pergi makan kat kedai. Sebabnya? Saya tak berapa nak masak menu berasaskan daging. Kalau ada pun, daging masak rendang. Atau menu daging goreng kunyit. Yang lain memang kurang pandai. Memang boleh belajar, kat youtube pun ada banyak. Nanti lah saya belajar ya.. hehe

Baiklah. Menu yang nak dikongsi kali ni adalah daging masak rempah. Resepi daging masak rempah macam senang nak buat, jom kita tengok resepinya di bawah.

Resepi daging masak rempah
Gambar hiasan - Google
Daging masak rempah ni kalau dah biasa masak, ia lebih kurang sama dengan ayam masak kicap, dan cuma tambah rempah kari. Mudah kan!
Daging masak rempah


RESEPI DAGING MASAK REMPAH


Bahan-bahan; 

1 kg daging.. - potong tebal skit dan lebar
1 bungkus kecil rempah kari daging..
2 batang Serai - diketuk
Sedikit air asam jawa..
Kicap secukupnya.
Rempah 4 sekawan.. (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Sedikit gula..
Garam dan serbuk perisa..
1 tangkai daun kari..
Minyak masak..
Sikit minyak sapi.. , tak ada tak apa..


Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar..
2 ulas Bawang putih..
2 inci halia..


Bahan Hiasan: 
 
Tomato.. belah 4
Cili hijau.. belah 4
Bawang besar.. hiris tebal


Cara penyediaan:



1. Masukkan daging dalam kuali pastu tuang bahan blend, rempah kari daging, serai, daun kari, 4 sekawan, minyak masak, minyak sapi dan air sikit.

2. Masak sampai daging empuk. Bila daging dah empuk, tuang kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa..

3. Bila kuah dah pekat elok, dah boleh bubuh bahan hiasan tadi, ..kacau seketika.


Siap untuk dihidang😍


Sumber FB, Cr: Masni Bahari

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.