Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Entri Paling Banyak View Di Aynorablogs

Entri Paling Banyak View Di Aynorablogs. Blog saya blog picisan, bukan blog pilihan. Tetapi saya menulis bukan kerana nama tetapi kerana minat dan nak jana income online dari berblog. Hehe.. sama ke tujuan kita? Kalau tak sama tak apa. Minat boleh mendatangkan hasil kalau kita tahu caranya. Sebab itu, kalau tulis blog biarlah tulis betul-betul dengan teknik SEO nya, tag image, konten dan sebagainya. Barulah entri kita ada resepi untuk naik di carian google. Kalau tak pandai, kita cari ilmunya. Orite✌✌

Menulis merupakan satu kelebihan. Diberi idea menulis juga satu rezeki dari beribu jenis rezeki yang Allah kurniakan. Justeru, jika anda diberi peluang menulis, tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. Kerana hidup hanya sementara. Milik kita hanyalah pinjaman dari Allah. Maka, tulislah dengan ikhlas dan rendah hati. Biar apa yang kita tulis itu sampai kepada sasaran kita.

Dalam posting kali ini, saya share pula 5 entri blog yang dapat view yang agak tinggi dan selalu dicari dalam enjin carian Google. Terima kasih kepada pembaca semua yang secara tak sengaja menaip keywords yang terkena dengan entri di blog aynorablogs. Hehe.. terima kasih sekali lagi.

Entri paling banyak view di Aynorablogs

Entri Paling Banyak View Di Aynorablogs


Saya tulis entri ni sebagai pembuka semangat kepada semua pengunjung samada blogger atau tidak. At least, saya dapat buktikan bahawa minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja akan membuahkan hasil, samada cepat atau lambat. 

Di bawah ini anda boleh lihat entri mana satu yang tinggi pageview nya.

More »

Posts

EntryPageviews
874354
724006
515658
380659
376366


Saya hanya share 5 posting yang tertinggi PV nya agar kita semua boleh dapat idea nak tulis entri apa yang mudah menangkap minat pembaca. Kebanyakan top 5 entri yang digemari adalah berkaitan dengan resepi.


Antara top 5 entri adalah:


1. Ucapan Hari Lahir Dan Selamat Harijadi Kepada Orang Tersayang - 874,354
2. Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah - 724,006
3. 9 Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Sihat - 515,658
4. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap - 380,659
5. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup - 376,366

Kalau nak baca entri tersebut, klik je pada pautan yang diberikan di atas tu..

Ada sesetengah blogger, posting dia orang mencecah jutaan view. Itu rezeki mereka. Rezeki kita pula, ikut keperluan dan kemampuan kita. Okay..

Jangan berputus asa jika entri anda kurang dibaca, sebaliknya tingkatkan usaha, perbaiki mana yang perlu dan tulis lagi sehingga berjaya. Yang penting niat kita ikhlas untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.