Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang

aynora nur | 11 March, 2016,3:47 PM |
Advertisement
Ucapan Harijadi Terbaik Buat Orang Tersayang | Menerima ucapan istimewa pada hari lahir atau birthday adalah sesuatu yang menggembirakan. Walau sedang bersedih, jika ada orang mengucapkan kata-kata semangat, kita mesti rasa dihargai. Lagipun, hari lahir disambut setahun sekali, sudah tentu kita mahu mengingatinya dalam suasana yang gembira. Betul tak?

Ada banyak jenis ucapan hari lahir yang boleh diberikan kepada orang tersayang, kawan rapat, ahli keluarga dan sebaginya. Ucapan harijadi atau hari lahir kebiasaannya mengandungi kata-kata semangat, penghargaan, kata-kata pujian serta doa penuh kebaikan buat mereka yang terbabit.



Bagimanakah rupa bentuk kata-kata atau ucapan harijadi anda? Mari kita tengok kompilasi ucapan hari lahir yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih kreatif.

Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang 


1. Hari lahir adalah satu permulaan yang baru dan masa untuk meneruskan usaha dengan matlamat baru. Bergeraklah ke hadapan dengan keyakinan dan keberanian. Kamu seorang yang sangat istimewa. Semoga hari ini dan seterusnya, harimu menjadi luar biasa!

2. Harijadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu.

3. Lupakan masa lalu, pandanglah ke depan, demi perkara-perkara terbaik yang belum kunjung tiba. Selamat hari lahir.

4. Selamat Hari Jadi kepada seseorang yang menawan, berbakat dan lucu. Melihat kamu seolah mengingatkan banyak perkara tentang diri ku sendiri.

5. Terima kasih kerana selalu berada disisi ku dalam semua keadaan. Aku sayang kamu, kawan baik ku. Diriku begitu teruja untuk berkongsi hari istimewa mu. Semoga Hari jadi mu akan menjadi benar-benar istimewa.

6. Tarikh lahir adalah satu peristiwa yang begitu indah. Tetapi bagi ku, ia adalah satu hari istimewa di mana peluang untuk ku bersyukur kepada Tuhan untuk semua persahabatan yang kamu hulurkan. 

7. Pada hari lahir mu ini, aku ingin mengambil sedikit masa untuk menulis tentang semua masa indah yang telah kita kongsi bersama-sama. Diriku berterima kasih untuk pengalaman dan semua perkara yang kita lakukan sebagai sahabat. Aku berharap semoga ada lebih banyak lagi kenangan yang boleh dicipta bersama.

8. Terdapat begitu banyak perkara tentang persahabatan kita yang aku suka. Hari jadi mu akan menjadi masa yang tepat untuk meraikan hari istimewa mu, dan seluruh persahabatan kita yang penuh bermakna kepada diriku. Aku berharap dirimu faham betapa aku sangat menghargai persahabatan kita.  

9. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga Redha Allah mengiringi mu selalu. 

10. Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun mu
      selain doaku untukmu....
      Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas,
      semoga hatimu semakin bersih dan bijak,
      semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan....

Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang

11. Semoga di hari ulang tahunmu dan seterusnya Allah Swt senantiasa memberikan Taufik Rahmat Berkah, Lindungan & keselamatan, Rezeki & hidayah Serta RedhaNya kepada kamu...

12. Dengan ucapan Selamat Hari Lahir,
      Semoga dikurniakan
      Iman yang sempurna,
      akhlak terpuji,
      pekerti mulia,
      umur yang bermanafaat,
      rezeki yang halal,
      ilmu yang berguna,
      jodoh yang membahagiakan,
      hidup yang dirahmati.

13. Cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan rasulmu dan ALLAH. Cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH. Cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA. Selamat Hari Lahir.

14. Saya doakan bermula hari ini, pada hari jadimu, keazaman dalam meningkatkan keimanan semakin bertambah. Umur yang panjang dan diberkati sehingga akhir hayat dan lafaz kalimah syahadah meniti saat kematian. Rezeki yang melimpah ruah lagi halal. Pasangan hidup dan jodoh yang diredhai ALLAH sehingga bertemu di syurga abadi. Segala yang dihajati dimakbulkan ALLAH.

15. Masih ingat lagi hari kita bertemu, rasanya seperti baru semalam. Diriku adalah orang yang paling bertuah untuk mempunyai rakan-rakan seperti dirimu. Tarikh dirimu dilahirkan ialah saat kegembiraan besar bagi diriku. Ia umpama seseorang yang sangat istimewa datang ke dunia ini. Selamat Hari lahir!

16. Buat Mahar cinta
      seribu mawar merah lambang cinta
      Selamat Hari lahir
      dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki
      dikurniakan kerahmatan seluas alam oleh ALLAH SWT

17. Selamat hari lahir anakku!
      Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal,
      ilmu yang berguna,
      Rumah tangga yang membahagiakan,
      hidup yang dirahmati.
      Jadilah isteri solehah dan
      Ibu mithali kepada putera-puterimu.

18. Setiap tahun yang berlalu adalah satu lagi peringatan bagaimana kuat persahabatan kita. Jadi aku ingin mengucapkan "Happy Birthday", semoga setiap impian menjadi kenyataan, kerana kamu adalah orang yang berhak menerima mimpi-mimpi indah!

19. Sahabatku! Biarlah hari ini penuh dengan sambutan penuh kegembiraan. Aku berharap ia hari jadi yang luar biasa dan hebat!

20. "Ukhwah fillah takkan musnah, lautan erat takkan mungkin patah. Bertemu, berpisah hanya KENANGAN SEMATA. Redho Allah, Kita cari. Moga-moga kita kan di Rahmati. Dengan niat yang suci, bertemu kembali di negeri Abadi. Salam kemaafan. Salam Ulangtahun..."

21. Selamat hari lahir saudaraku. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah ini. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Amiin..

22. Aku berharap hari istimewa mu ini penuh dengan keseronokan, kebahagiaan dan segala-galanya yang kamu inginkan.

23. Diriku gembira kerana kamu dilahirkan, kerana dirimu menerangi hidupku dengan kegembiraan. Selamat Menyambut hari lahir dipenuhi dengan kemeriahan dan kegembiraan. Berharap hari-harimu akan menjadi amat istimewa walau di mana kamu berada. Selamat Hari lahir!

24. Dengan Bertambahnya Umur.....
      Bertambah Pula Kebahagiaanmu....
      Dan Bertambah juga cintaku Padamu....
      Selain mengingatmu,.....
      Tak ada lagi yang lebih penting buatku.....
      Detik ini aku hanya ingin menyapamu dengan satu doa:
      semoga Allah selalu melimpahkan cinta-Nya di hatimu

25. Selamat hari lahir! Hari ini adalah hari dimana dirimu telah dibawa ke dunia ini untuk menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingmu! Kamu adalah orang yang indah. Semoga kamu diberikan keberkatan pada hari lahir untuk memenuhi semua impian mu.

26. Kerana, hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepada mu!

27. Matahari bersinar lebih terang hari ini sebagai satu cara untuk mengucapkan Happy Birthday.
Hari ini, aku ingin doakan semua impian mu menjadi kenyataan. Bersyukurlah setiap hari, dan ia bukan setakat hari lahir! Raikan hari indah ini dengan senyuman!

Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang


28. Sahabat, hari ini adalah hari jadi mu! Adakah kamu tahu apa yang bermakna? Ia adalah masa untuk menikmati kegembiraan dan bersyukur dengan apa yang kamu miliki. Tetapi jangan lupa untuk berfikir tentang semua hasrat yang kamu inginkan! Nikmatilah memori ini. 

29. Kita akan menjadi kawan terbaik selama-lamanya. Aku tak tahu nak kata apa pada hari ulang tahun ini, tetapi Selamat Hari lahir! Aku ingin dirimu selalu ada pada masa-masa akan datang meraikan harijadi ku juga.

30. Selamat Hari lahir!! Diriku berharap hari-harimu dipenuhi dengan kasih sayang dan ceria! Kami semua mengucapkan selamat hari jadi dan semoga harapan mu menjadi kenyataan.

Doa seorang hamba Allah pada hari kelahirannya....

Ya ALLAH,
sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku

Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU

Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH

Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini.

17 Safar 1432H

Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top