Ucapkanlah Kalimah Ini Bila Telah Senang
Senang kat sini maksudnya mudah je, boleh buat apa yang kita nak buat dan beli sewaktu susah dan zaman kekurangan dulu. Contohnya, dulu nak makan daging setiap minggu pun susah, sekarang dah senang dan boleh bebila masa nak makan daging. Dulu nak jalan makan angin ke negeri sebelah pun tak terfikir, sekarang dah boleh makan angin seminggu ke pulau impian. Hehe.. Gitulah maksudnya.. Bukannya senang jadi jutawan. Senang adalah bila Allah dah gandakan rezeki kita berbanding sebelumnya.

Bacaan kalimah yang boleh diucapkan ketika waktu senang
Alhamdulillahilladzi bini'matihi
tatimmussoo lihatu
Maksudnya:
Segala puji hanya milik Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna.
Semoga dengan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita menerima kebaikan yang berganda dan menjadikan hidup kita bahagia sempurna dengan iringan rahmat dan kasih sayang Allah.
Allah kurniakan kita kesenangan agar kita menggunakannya pada jalan kebaikan dan mempermudahkan segala jalan menuju ke arah tersebut.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.