Header Ads

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam
Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam. Haha.. best tak menu lepak petang-petang kita orang? Lepak kat warong tepi jalan sambil tengok kereta lalu lalang, jammed pulak tu. Hmm... ngeteh dulu orang kata. Bila dah reda jammed tu, baru kita gerak. Okay.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam
Add caption

Pisang goreng gemuk bulat dan rangup. Sedap, manis rasanya. Di cicah dengan sambal kicap. Style orang Johor makan pisang goreng memang gaya gitu.. jangan hairan okay..

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng  Dan Kerepek Bayam


Bila waktu cuti hujung minggu dan public holiday, kami 3 beranak gemar jalan-jalan cari makanan ringan petang-petang sambil hidup udara segar. Tak ada perlu dikejarkan, layari hari-hari dengan santai je. Nak makan apa, pergi cari. Tak risau dah ada orang boleh makan atau tidak. Sebabnya, sikecil dah start balik asrama pada 9 Ogos hari tu. Kalau ada dia, semua benda dikatanya pelik.. hehe


Kerepek bayam tu rangup sangat.. kita dok fikir kalau kita buat sendiri boleh jadi macam itu ke? Entahlah!

Kalau dengan sikecik tu, kerepek bayam pun dia tak akan makan punya sebab jarang jumpa. Dengan si abang, semua dia cuba, sapu je. Sedap atau tidak belakang kira, yang penting cuba dulu.

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam

Ada juga kita orang ambil cendawan goreng. Sedap, lemak dan rangup. Cendawan yang digoreng ni sedap dimakan ketika panas lagi, kalau dah sejuk macam berminyak pulak..

Kita orang pun ada ambil keropok losong. Satu pinggan berharga RM2.00. Sedap, lembut, lemak. Gambar tak sempat tangkap.. hehe


1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.