Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah. Mudahnya nak bayar baki cukai pendapatan kita. Iaitu baki cukai yang terkurang bayar dan kita nak kena bayar sendiri. Bukan buat tolakan dari gaji tu ya. Maksudnya cukai berjadual yang di bayar oleh majikan kita tak cukup, jadi kita kena top up balance cukai tersebut. Faham tak ya, rasanya semua faham kut.. 😅

Ada banyak saluran pembayaran yang boleh dilakukan dan antaranya bayaran secara online menggunakan perbankan internet.

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

Hampir kesemua bank di Malaysia membenarkan urusan online banking melalui FPX dan untuk urusan kali ini, saya gunakan Maybank2u. Mudah je..


Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah


Cara bayar baki cukai pendapatan secara online dengan mudah dengan perbankan internet. Semuanya di hujung jari je. Sambil makan kat warung pun boleh buat bayaran tersebut.. 😊😊

Cara bayar baki cukai pendapatan secara online

1. Klik pada ehasil.gov.my

2. Pilih bayar melalui FPX atau Kad Kredit

3. Ikuti arahan yang diperlukan dalam kotak disediakan

4. Pada Kod Jenis Bayaran : PILIH BAYARAN ANSURAN CUKAI/ BAKI BAYARAN

5. Skrin FPX akan keluar seperti di bawah, isi kotak disediakan.

Cara Bayar Baki Cukai Pendapatan Secara Online Yang Mudah

6. Bila muncul skrin Maybank2u, macam biasa masukkan username dan password anda.

7. Minta TAC no dan selesai.

8. Print resit LHDN sepertì di bawah. Jika buat di handphone, print screen pun boleh. Simpan sebagai bukti bayaran.


9. Selesai. Tak payah pening nak pergi bank dan sebagainya

Hanya gunakan perbankan internet atau kad kredit, anda dah boleh bayar baki cukai pendapatan anda.

Sesuai sebagai rujukan kepada mereka yang tak pasti cara nak bayar baki cukai pendapatan yang dikenakan. Biasanya pihak LHDN akan hantar surat peringatan untuk anda selesaikan baki cukai pendapatan tersebut dalam tempoh 14 hari dari notis dikeluarkan.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. macam mana nak reprint resit pengesahan penerimaan bayaran LHDN ni?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close